CARA TAK NAK BAGI ANONYMOUS BUAT KIMAK KAT BLOG KAU

kalau kau rasa blog kau dah cukup bagus dengan widget 80 kg kau salah . kalau kau rasa blog kau dah bagus dengan entri entri sakai kau . kau mungkin betul . tapi bila anonymous menyemak dekat blog kau dengan kata kata penuh dusta dan kepala otak kau terasa amat serabut , sini aku bagitahu macam mana nak kurangkan keserabutan otak kau dengan menghapuskan anonymous yang sakai . 

1) blog kau biar buruk
ni cara yang paling terbaik ahh aku cakap , blog kau mestilah buruk dan busuk . sebab seseorang yang sakai , aku tengah cakap pasal cik anon ni . dia akan memaki blog yang cantik menawan dan penuh dengan sifat kewanitaan kebetinaan dan peperawanan sahaja . ahh bangang .

2) kau jangan kutuk orang ke apa
kau buat macam bodoh je , kau tahu bodoh tu apa ? bodoh tu maknanya bangang , buat macam bodoh tu maknanya kau buat macam bangang . erk , bukan sama je ke . kiranya , kalau orang dok kutuk blog kau , kau buat bodoh , kau tak payah ahh beriya buat entri pasal " bodoh punya minah macam bangang sangat buang taik kat blog aku asal ? " tak payahhhhhh . sekali lagi kau buat bodoh sahaja . heh

3) kau jangan ada pakwe yang hensem dan kau tepek gambar dia merata rata kat blog kau 
hamboihhhhhh , mentang mentang ahh pakwe kau hensem nak mampos lepas tu kau punya ahh berpeluh tepek gambar pakwe kau kat sidebar . tak cukup lagi , dekat setiap entri kau . tu yang ada anon tu , biasa lah , cik anon ni kan pakwe dia jaafar onn , tu yang dia jeles bagai . sakai sangat

4) dress up kau biar selekeh
amalkan motto hidup " im dowdy " dalam hidup kau . sebab dress up kau yang agak kemas akan menyebabkan seseorang tu merasa sakit hati , lagi lagi kalau seseorang itu budak kampung sebab dia sangatlah kekurangan baju baju yang cantik dan dia akan mengutuk blog kau sebab itu . kau faham tak aku cakap niiiiiiii ?



dah ahh aku malas ahh tulis , aku nak main twitter . aku jumpa benda alah ni kat twitter . macam bodoh . wakakakaa


william pakai baju kannn ? asal twitterers gelak ? bodoh diaorang ni . budak perempuan
tu lagi ahh sakai gaya , ya ya je . kehkeh


wasiat anak dara : babai sayang . ahh bangang

AKU RESPECT PEREMPUAN TU SEBAB DIA BERANI MATI

ya , aku betul betul respect ni . aku tak pernah respect macam ni , kali terakhir aku respect seseorang manusia adalah bila budak yang duduk belakang aku yang mana aku pernah mengutuk dia dapat result yang sangatlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bagus dari kau . maksud aku  , dari aku . aku memang respect tapi sumpah walaupun dia lelaki aku tak nak buat dia jadi suami sebab budak kelas aku yang lain cakap dia gay . kejadah !

berbalik kepada tajuk entri aku yang aku nak ulang sekali lagi iaitu AKU RESPECT PEREMPUAN TU SEBAB DIA BERANI MATI . jadi mesti kau ingat aku sedang respect kepada perempuan yang nak terjun dari kb mall atau sebab aku pakai phone capuk . mesti kannnn ? tapi kau sangat salah dan kau jangan risau sebab kau tak dapat dosa bila jawapan kau salah . jadi kau patut bangga . aku sedang respect akan seorang minah yang berani mati melintas jalan . tak , bukan nak cakap kau tak naik jejantas dan kau berniat untuk melintas dan kau tunggu kereta dah tak ada , kau terus melintas . bukan macam tu tau ?

ia lebih kepada kereta belum habis dan kau melintas dan orang lain yang nak melintas jugak , cuma tengok kau yang melintas . jadi , ia mungkin boleh menaikan semangat kebanggan dalam diri kau sebab kau je yang melintas weh . jadi , aku pon respect kau dan adik aku pon " bodohnya perempuan tu , mati kanggg " . aku tak tahu dia jeles ke apa tapi aku pon merasakan benda yang sama , perempuan tu bodoh . dan aku respect perempuan tu sebab dia bodoh . dan perempuan tu macam gambar kat bawah ni ,


minah tu bagi aku adalah itik tersebut 
bukan lelaki gemuk tu , harap maklum .



wasiat anak dara : disebabkan aku pernah mengalami situasi yang sama dengan minah tu atau itik dalam gambar di atas , jadi aku pon rasa aku bodoh , heh .  dan aku rasa jugak  , orang lain yang tengok aku melintas berani mati tahun lepas rasa aku bodoh .kenapa aku rasa sengal bila aku baca balik ayat yang aku tulis ni .  jadi , babai . bodohnya entri aku hari ni , baik kau peergi buat homework ke study kejadah apa ke . tak gituuuuuuuuuuuu ?

BUKAN NAK CAKAP NI CIRI-CIRI CALON SUAMI.TAPI NAMPAKNYA MEMANG MACAM TU LAH

aku cakap betul , aku dapat idea nak tulis entri macam ni masa aku tengah sembahyang zuhur minggu lepas . nak cakap aku bangang pon oleh jugak , sebab mana nak tahu idea tu memang selalu keluar masa aku menunaikan solat yang paling jarang aku tunaikan macam solat zuhur dan asar . ya ya , ayat terakhir kau buat buat tak nampak atau kau pandang macam satu gurauan jeh eh ?

1) seorang abang yang bawak adik dia jalan jalan masa lalu depan perempuan dia buat derk .
kau faham tak aku nak bercakap ke arah apa ni ? kalau kau tak faham nah aku hadiahkan kamus dewan , bukan nak suruh kau cari apa maksud seorang abang yang bawak adik dia jalan jalan masa lalu depan perempuan dia buat derk . tapi untuk kau hempuk kepala kau dengan kamus tu . tu pun tak faham , pirahhhhhhhhh . ya , aku sangatlah terharu bila nampak seorang abang bawak adik dia jalan depan kedai kasut cina lepas tu depan kedai kasut tu ada dua orang budak perempuan yang tengah bengang dengan kawan dia yang lama sangat pilih kasut apa yang nak beli kat dalam . tak , mana kau tahu yang tu adik dia sekarang ni peah ? mana tahu tu anak dia ke apa -_____- * bangang

2) seorang budak lelaki tingkatan 5 yang pegang penyapu
jap , perlu ke untuk kau letak tingkatan 5 kat ayat kau tu ? memang perlu atas sebab tak nak kau ingat yang aku kemaruk sangat dengan budak budak sama tinggi dengan aku . tak faham lagi lah tu -__- . ya , haritu memang aku nampak ada seorang budak lelaki pegang penyapu yang duduk kat blok depan blok aku semasa aku sedang menaiki tangga yang ke 48 . ya tangga yang terakhir , sangatlah best dengan beg berat bagai . tapi kau sekali lagi terharu bila kau nampak budak lelaki yang pegang penyapu sedang tarik meja kerusi dia sebab dia nak sapu bawah kerusi dia tu supaya masa dia belajar dalam keadaan yang bersih . sobs sobs .

3) seorang budak lelaki yang walaupun dia tak ada lah duit sangat dan mak dengan ayah dia dah tak ada tapi dia sanggup jugak belikan awek dia c3 .
kau cakap macam kau tahu sangat kan pasal benda alah ni . tepat sekali makcik , aku baru dengar cerita adik aku bulan lepas yang kakak sedara kawan dia dekat kuantan hilang phone c3 masa dia menunaikan solat di masjid . solat apa aku tak tak tanya lah pulak , terlupa . dia letak phone dia dekat beg dia kot , entah ahh aku pon tak ingat . dipendekkan cerita lepas dia selesai menunaikan solat itu , phone dia pon menghilang disyaki dicuri . dan dia pon cerita ahh kat pakwe dia , dan pakwe dia pon bagi lah dia phone c3 jugak warna biru . biar pakwe dia pakai phone capuk , asalkan awek dia tak bersedih   :') aku harap awek dia tak curang ahh dengan pakwe dia tuh  , kalau tak aku memang bunuh awek dia tuh .




wasiat anak dara : hai , ahh bangang . babai

ENTRI NI PASAL RAMBUT.KALAU KAU RASA SEMAK SILA PANGKAH DAN BERAMBUS (:

asal kau nak sakai cerita pasal rambut . rambut kau ke ? kenapa kau kusut ? hah , mesti kau kata macam tu kan bila kau baca title entri aku , sangat bagus sebab jawapan kau memang tepat . aku memang nak cerita pasal rambut aku . aku ada banyak rambut , kau rasa ayat tu sakai dan bangang ? okay aku tukar . aku ada banyak jenis rambut mengikut masa dan keadaan dan suhu di sesuatu tempat . sila kagum , sebab kau memang tak dapat rambut macam ni . silalahh kagummmm .

Rambut Lepas Mandi


yeahhh , abaikan muka dia sebab aku cuma cilok di google
dan bila aku typed black straight long hair keluar muka dia ,
aku pon amek ahh . ingat aku saja saja je ke nak amek muka dia ?
sepak kangg . 


Rambut Lepas Bangun Tidur


bukan nak buat lawak antarabangsa ke apa , 
tapi dah memang aku diatakdirkan bangun tidur dengan rambut macam tu .
takkan aku nak menangis sambil bunuh diri dekat kb mall kotttttttttt ,


Rambut lepas bangun tidur lepas tu kau ikat sebab nak keluar dari bilik kau


hah , yang ni nak cakap nipu tak jugak ahh kan sebab logik ke
dari rambut oprah ke rambut minah yang hidung mancung-kembang ni ? 
dari hitam ke blonde ?
nak buat macam mana memang lepas gua sikat rambut gua , 
rambut gua jadi macam tu . 
kenapa ? nak cari gaduh ke ?


Rambut lepas balik sekolah


memang kau patut kagum ahh sebab rambut aku macam
vanessa hudges kannnnn ?
kau sanggup ke sekolah tiap tiap hari dan tak sabar nak
balik rumah bukak tudung , menghadap cermin . 
buang getah rambut , dan kagum dengan rambut kau sebab
rambut kau macam vanessa hudges . hai zac efron :D


Rambut bila mak sedara kau yang sikatkan


sumpah aku tak taip megan fox dekat google image .
dia yang keluar sendiri , dia memang nak suruh kau ambik dan tepek kat entri
kau lah tu kannn ? jadi , kau pon ambik dan tepek lah kann ?
bukan kena bayar pon , tapi memang free of charge . 
heh


Rambut yang kau dok sibuk sibuk nak jugakk



yeahhh , tengok rambut dia je jangan tengok benda lain atau
sesuatu yang lainn . kenapa rambut ni minah ?
ke sebab rambut ni kemas ?
ke sebab kau rasa kau rasa kau giler emo dan kau budak yang kool
walaupun kau bukan hayley williams bagai ? 
tepat sekali -____-



wasiat anak dara : tak tak , bukan nak habiskan entri ni sebab kau nak facebooking-tweeting bagai . tapi sebab mak nenek adik adik kau dah sebok ketang ketung kat depan tv makan nasik dan perut kau berbunyi sudahhh . babai . heheh

TIPS CEMERLANG GEMILANG DALAM EXAM TANPA BUAT BUNYI TIKUS KAT KAWAN KAU

 kau nak exam ke nak balik kampung ke bukan masalah aku selagi kau tak mengambil , membawa lari dan menggunakan duit aku . faham ? aku sebagai seorang yang amat dikenali di pelosok dunia ni ingin memaklumkan bahawa dengan ini aku akan membocorkan tips cemerlang dalam exam tanpa buat bunyi tikus kepada kawan kau dan semestinya kawan kau tu harus bersyukur kerana dengan adanya tips ni , dia takkan dengar bunyi tikus lagi . aku nak mula ni , ehemm ehemmm .

1) kau masuk bilik air dan kau mandi
masa mandi tu hendaklah diiringi dengan lagu born this way by lady gaga . lagu back to disember ke november ke october ke tidak digalakkan sama sekali . sebab apa ? nanti aku bagitahu . baik kau skodeng no 2 sekaranggggggg .

2) kau makan nasi sambil tengok cerita marimar
disebabkan kau balik rumah dalam pukul 2.30 pm macam tu ahh , kau mesti mandi dulu kan ? yang tak mandi tu , ikut suka hati kau ahh kau bukan suami aku pon kalau suami aku boleh lah aku lepuk kepala kau sekali tapi malangnya kau bukan suami aku . dah siap mandi tu jangan pakai baju kat luar tapi kat dalam bilik . aku pon tak tahu kenapa kena pakai dalam bilik , kau jangan tanya aku ahh .  sebab aku memang tak tahu . lepas tu kau ambik pinggan kau , kalau kau miskin sangat pon kau curik lah pinggan jiran kau . jangan risau dia tak marah punya , kau curik bukan mintak dengan ikhlas . takkan dia marah kotttttt -___- lepas tu kau ambik nasik kau bukak tv3 kau tengok ahh cerita marimar . isnin-khamis 3.00pm-4.00 pm . sebab apa ? nanti aku bagitahu . baik kau skodeng no 3 sekaranggggggg .

3) kau bukak internet
bukan untuk buat homework kejadah apa , tapi kau boleh blogging-facebooking-tweetering-myspacing-friendstering juga . kalau ada hi-5 bagai tu , dipersilakanlah amat amat digalakkan . jangan fikir pasal homework sekarang ni . kau bersialan sahaja . sebab apa ? nanti aku bagitahu . baik kau skodeng no 4 sekaranggggggg .

4) kalau kau mengantuk , kau tidur lah barang lapan jam
kalau malam semalam kau habiskan masa main dota dengan budak indon dekat facebook , waktu siang pulak kau boleh lah qada' tidur kau . amat digalakkan lah lagi lagi untuk budak yang ada exam pada keesokan harinyaaa . sebab apa ? nanti aku bagitahu . baik kau skodeng no 5 sekaranggggggg .

5) main dengan adik kau yang nombor 3
ni memang wajib kau buat ahh kalau nak excel in exam . kalau kau tak ada adik no 3 , kau boleh ahh pinjam adik orang sebelah rumah kau . sebelum pinjam tu , tak payah nak rasuah apa . kau sumbat mulut dia dengan kain buruk ikat tangan dia dengan tali rapia sudahhhh . bukan susahh pon  .  lepas tu kau main ahh dengan budak tu sampai kau rasa bosan tengok muka budak tu yang tak berapa nak comel lah dari kau . kalau kau tak bosan bosan jugak , kau boleh lah bagi dia pelempang ke apa sampai dia nangis lepas tu kau jual kat filipina . sebab apa ? nanti aku bagitahu . baik kau skodeng TIP KEMUNCAKKKKKKKKK sekarang jugak sebelum aku smackdown kau .




TIPS KEMUNCAK !
DONT SKIP THIS TIPS *********

kau pergi sekolah kau letak buku kat tandas , 
kau buat temberang cakap nak pergi tandas lepastuuu
kau tiru ahh  . 
babai 

PERKARA YANG MEMBUATKAN KAU MISKIN

Cerita karut bermula sekarang ;

1] bila kau bukak tabung kau , nak ambik duit ahh konon nak belanja member makan kat secret recipe sekaligus nak menunjukkan kau agak agak kaya . Tapi bila tabung dibukak , baru kau perasan yang kau hanya kaya dengan syiling . Heheh , terpaksalah kau tipu kawan kau cakap yang resepi dekat secret recipe tu bukannya dapat dikenalpasti pon halal ke tak disebabkan terlalu secret . Heh dan diakhiri dengan makan roti canai di kedai mamak .

2] bila kau dah makan nasi lauk ikan goreng masak sambal petai 18 kali tambah dan kau rasa lapar lagi macam kau tak makan sebulan . Dan bila kau bukak peti ais dengan harapan ada benda yang boleh dimakan tapi kau terpaksa tutup balik peti ais sebab dalam tu cuma ada kicap 9 botol dengan cili kering sahaja . Nak buat cocktail pon tak boleh , heh . Kau rasa miskin dah ?

3] bila satu sekolah pakai kasut all star kecuali kau yang pakai kasut jazz star 29.90 . Dan bila orang lalu sebelah kau , dia akan buat muka yang sangat pelik macam dia nampak seorang budak sekolah dari tamadun mesir purba yang tersesat masuk sekolah dia . Dan , waktu tu jugak kau akan rasa kau lah budak yang paling miskin sebab tak pakai kasut all star . Hah , apa ni ?

4] bila kau menjadi sangat kagum dengan seorang budak yang boleh cakap 145 bahasa dan kau mula membandingkan diri dia dengan kau yang hanya boleh cakap satu bahasa iaitu bahasa melayu , tu pon tak berapa nak bagus ahh . Lepas tu kau terus kau rasa kau miskin . Eh jap , bila masa pulak bahasa ada kena mengena dengan duit ni ? Heheh -_____-

5] bila semua orang yang pakai blogspot dah ada domain sendiri . Diulangi , bila semua orang yang pakai blogspot dah ada domain sendiri kecuali kau . Kenapa perlu ulang ? Ini semua adalah usaha untuk menunjukkan bahawasanya kau miskin dan tak mampu nak beli domain sendiri . Wakakaka , ahh gua peduli apa domain je kot bukan boleh buat makan ponnnnnnn .



Wasiat anak dara : gua masih dara .

AKTIVI SEHARIAN SEORANG BLOGGER PEMALAS . KEJADAH !

9.00 pagi : cilok phone mak kau , bukan internet . jap , kenapa perlu phone mak kau dan kenapa bukan phone kau ? adakah phone kau terlalu capuk untuk digunakan ? ke nombor kau dah kena blocked dan kau geram lalu suruh adik kau yang paling kecik makan ? tepat sekali -____- . terus bukak blog tapi bukan blog kau tapi blog budak budak famous gitewwww untuk kau memfamouskan diri dia lagi . dan bukak youtube tengok porno . nak cakap gua macam celaka lah tu . agak lahh . sebenarnya , aku bukak youtube untuk tengok orang bertazkirah . tampar nak ?

11.00 pagi : layan geng bas sekolah dengan adik kau . lepas tu kau baru rasa cerita tu agak kesialan dan kau suruh adik kau bukak tv3 tengok jalan jalan cari makan . sangat bagussssssss tengok orang makan sambil air liur kau sebaldi meleleh macam makanan tu sedap nak mampos . tak tak , sebenarnya faktor yang menyebabkan air liur kau sebaldi adalah bila kau tengok QI makan macam dia tak makan setahun . nanti kalau kau kahwin dengan dia kau sumbat mulut dia dengan makanan 24jam ya, yunaaaaaaaa . 

12.30 : mandi dan sembahyang . ahh nampak sangat temberang disitu . sembahyang apa jam 12.30 ? solat sunat taubat eh ? 

5.30 pm  : menghadap skrin dan terus bukak blog kau sendiri . klik new post dan tulis tajuk entri dan buat karut sedikit dan select all dan backspace . fikir kau nak mencarut apa hari ni ke kau nak tidur je .

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

6.45 pm : entri siap untuk dipublish . tak kelakar kan ? jap siapa cakap aku nak buat entri kelakar ? ada aku cakap aku nak cerita pasal " KENAPA BAS TU TERBALIK BILA LELAKI TUA TU GELEK ? " . ada aku cakap aku nak tulis entri tu ? tak ada kannnnn -___-





wasiat anak dara : jap , perlu ke ayah aku pasang cerita ella dengan awie bagai ni kuat nak mampos . dah la suara sangap masing masing . 

CIRI CIRI PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR VERSI EKA BUKAN MAKCIK KAU

aku tak suruh kau rembat perempuan macam ni jadi isteri kau . aku cuma nak beritahu kau , perempuan melayu terkhir macam ni lah . bukan yang macam gadis melayu musim ketiga tu , bukan sama sekali ya pakcik . bak kata ustazah aku " tu pedooh je tuh " . ustazah aku cakap dan aku pon " ooooooooooooooo, baru tau tu temberang " -______-



1) budak perempuan yang samada sengaja atau memang malas atau ada motif lain tak pakai baju sukan masa waktu pendidikan jasmani dan kesihatan . sekali lagi , kenapa formal sangat ni ? aku dapat idea ni bila aku nampak seorang budak perempuan kelas aku yang aku terpaksa tukar nama dia kepada britney spears , hanya memakai uniform sekolah dan duduk bersembang dengan jantan jantan sekelas . manakala aku , kawan aku , kawan aku lagi satu , dan kawan aku yang lain memakai baju sukan berwarna merah . merah ke maroon ? ahh kejadah ! dan aku rasa dia mungkin nampak ayu , mungkin macammmmmmmmm perempuan . tak sanggup nak cakap perempuan melayu terakhir sebab aku tak rasa dia macam tu . ahh dah mula nak mengumpat dah ni . aku pendekkan cerita , aku rasa dia rasa dia ayu atau aku yang tetiba perasan . kau rasa ?

2) budak perempuan yang bila dia jalan dengan pakwe dia dan jarak antara mereka mereka 15 cm bersamaan panjang pembaris capuk aku yang dah hilang hari selasa . dan tak pegang tangan pakwe dia walaupun pakwe dia macam nak pegang tangan dia untuk menunjukkan bahawasanya dia seorang sahaja di muka bumi ni yang ada awek . kau rasa dengan macam tu , perempuan tu perempuan melayu terakhir keh ?


jap jap ! aku nak tukar "perempuan"
kepada "minah" boleh tak ?
sebab aku rasa macam sakai tulis 
"perempuan" , dah la giler panjang . 
tak bolehhhhh ???
hah , aku peduli apa .

3) minah yang bila dia keluar dari rumah dan bila dia terdengar bunyi lapan belas bijik motor yang dipandu oleh jantan jantan yang malas buat kerja sekolah , dari jarak 87261273613 cm dia terus masuk rumah . motif ? takut jiran sebelah kanan dengan sebelah kiri rumah cakap " anak dara kau tuh , jual muka eh kat depan tadi . bape sen dapat ?" takut jeeeeeeee . minah melayu terakhir lah , kau apa tahu ? aku tahu lah kau bukan 
minah melayu terakhir , sila jeles -____-

4) minah yang malu nak nyanyi lagu negaraku , lagu negeri sendiri dengan lagu sekolah kau dengan alasan suara tu aurat perempuan lah . ya dan disitu jugak , dia nak suruh budak lelaki jeh terhegeh -hegeh nyanyi sorang sorang dan dia hanya berzikir . nampak tak , nampak tak ? dia sangat yang terakhir lah kau , ambik dia jadi isteri sekarang .

5) minah yang bila terserempak atau terjumpa dengan seorang budak lelaki yang boleh jugak lah dikatakan sedap mata memandang , dia tunduk . aku sangatlahhhh respect perempuan macam ni macam nak buat jadi lesbian . tapi apa motif dia ? mungkin dia tengok bawah sebab dia rasa lantai lagi hensem dari lelaki tadi ataupun mungkin dia ternampak kasut dia macam triple cheese burger atau mungkin dia takut awek lelaki tu marah . aku nak bagitahu kauuu yang sebenarnya minah ni ialah perempuan ni . lepas dah klik sila gelak . nak buat dia jadi isteri kau ? dia memang single and not available , harap maklum -_____-



wasiat anak dara : dari pukul 6 tadi kau menghadap screen asal baru pukul 8 kau nak post entri ? apa masalah kau hah hayley william ? kehkeh

SEBAB AKU TIDAK MENGHADIRKAN DIRI KE SEKOLAH HARI NI.HEH

Asal , kau tak cakap jeh yang kau tuh ponteng sekolah kan senang bhaiii . Tapi kenapa mesti hari rabu , 13/4/2011 jugak kau nak ponteng . Kenapa tak semalam atau masa masihi . Kenapa kenapa ?

1) hari ni ada perhimpunan koko dan hari ni untuk unit beruniform eh harap maklum . Dan aku paling tak suka dengan unit beruniform aku , kadet polis walaupun aku yang bantai masuk benda kejadah ni . Dah sah sah kadet polis , mesti ahh ada kawad bagai . Heh , muka aku nak kawad ? Kirim salam je lah .

2) sebab tetiba ada sebijik benda yang aku rasa macam nak pijak melekat kat bawah bibir aku . Dia amat sakai dan kesengalan . Aku rasa macam nak bunuh dia tapi kalau aku bunuh dia aku terbunuh diri aku sendiri , sebab seperti yang anda sedia maklum , benda sakai tuh ada bawah bibir aku . Dan ia amat jelas dan besar godang . Dan ia adalah jerawat yang sakai ! Dengan adanya jerawat , keyakinan diri aku pon berkurang , dan aku pon malas pergi sekolah (:

3) sebab aku tak siapkan homework chemistry , atau dalam bahasa sopannya , aku malas nak siapkan sebab cikgu dia yang amat baik dan penyayang gituh . Tapi sebenarnya , tak siap homework bukan ahh masalah aku weh sebab aku boleh jeh tiru kawan aku . Kalau kawan aku tak siap selalunya dia tiru aku , tapi kalau dua dua tak siap aku akan pinjam orang lain punya dan kitaorang akan tiru .

4) sebab hari ni tak ada fizik , dan bila tak ada fizik aku boleh lah tidak menghadirkan diri . Sebab ? Sebab markah fizik aku adalah markah yang paling rendah yang aku dapat masa ujian pertama walaupun lulus . Jadi , dah tahu kau bodoh dalam fizik adakah kau takkan datang kelas fizik ? Itu sangatlah bodoh .

5) sebab semalam kau sibuk online facebook sebab nak buat sesuatu dan kau tidur lambat itupun setelah ditegur oleh seorang pakcik 'woiiiiii , pergi ahh tido semak tahu semak ? ' . Okay aku tipu , sebenarnya macam ni 'weh pergi lah tido ' . Entah aku pon tak ingat pesanan pakcik tuh . Ahh layan ahh . Dan aku pon buat buat nyanyuk pagi tuh supaya aku boleh tidak menghadirkan diri ke sekolahku .




Wasiat anak dara : best tak weh dengar aku temberang ? Best takkkkkkkkkk ?

SIAPA NAK MENANG CANON , TIKET KONSERT BIEBER DAN BANYAK LAGI . JOM JOIN NI

siapa nak join angkat bulu kaki kau . bulu kaki aku dah terangkat dengan sendiri , bulu kaki kau dah terangkat ? pastikan bulu kaki kau dah terangkat untuk kau join ni secara percuma . join apa minah ? jap ahh , nak beritahu lah ni . sepak nak ?

syarat - syarat nak menang :
1) buat account kau dekat says ,
2) login guna account facebook kau . sebab benda ni kalau nak menang kena ada facebook .
3) like page diaorang ahh .
4) pilih lah hadiah yang kau suka , aku pilih ni ahh kau jangan gelak . kalau nak gelak jugak , bersedialah untuk menerima tendangan hayley williams , kahkah .




lepas dah pilih hadiah , kau boleh tengok tips to win . senanglah sangat wehhh . kalau kau tak nak masuk jugak , ikut suka hati kau lah . hati kau bukan hati aku . kalau hati aku , dah lama aku baling kat tepi highway . aku cakap betul ni , cuba tengok muka aku serius kan ?


aku ingin menasihati kau supaya kau masuk cepat sikit sebab hari ni baru hari ke #8 dan ada 22 hari lagi kau tahu ? aku bukan apa , sebab takut nanti hadiah yang kau nak orang lain dah kebas . sebab jumlah dia terhad untuk satu-satu hadiah . eh , kenapa aku cakap formal semacam ni ? ahh , tu belakang cerita yang penting sekarang kau kena masuk sebab mana lah tahu aku menang kan nanti tak adalah kempunan sangat kau orang , kahkah . aku nak bawak kau mencapai kejayaan bersama sama aku lah ni .


lagi satu heartbeat , ada lagi ke orang kat dunia ni yang tak masuk heartbeat lagi ? janganlah jadi ketinggalan sangat . jom aku rabunkan mata kau , sebab kau takkan dapat macam ni kat nuffnang . heheh , peace nuffnang :D

1) bila kau refer kawan kau masuk bawah kau , kau akan dapat RM2 untuk seorang ahh . kalau lapan puloh orang ? cer kira cer kira .

2) kalau kau beli apa apa barang dekat situ . kau akan dapat 20% daripada harga yang kau beli tu . kau faham tak aku cakap ni ? contoh kalau kau beli magic mug * rm40* .. lepas tu rm8 akan masuk dalam account hearbeat kau . tak ke 20% tuh ? kau ni , math kau dapat berapa ?

3) bila orang kat bawah kau beli pulak , kau akan dapat 15% . hah , kau pulak kira berapa kau dapat .

4) kalau orang klik iklan kau , kau akan dapat 0.04 sen jeh . kahkah , ni jelah yang tak best .

5) kau akan dapat rm5 bila kau bagi maklum balas kat diaorang

6) kau akan dapat rm3 bila kau masuk mana mana survey atau polling yang diaorang buat . kahkah , bapak senangnya .

7) RM10 for testimonial with photo & at least 300 words on our unique gift giving ideas. hah , ni memang aku copy-paste dari heartbeat . asal ? tak puas hati ?


kau akan dapat bonus :



Additional bonus will be awarded when total purchase amount of self purchase and referral purchase in a month are as below:-
 more than RM300-additional RM20.00
 more than RM500-additional RM30.00
 more than RM700-additional RM50.00



jadi , kau nak join ke tak nak ni ? kalau nak join , pergi sini 









wasiat anak dara : aku tak tahu nak tulis apa hari ni . jadi , aku tulis cara-cara nak dapat duit . bolehhhhh ? kahkah , dah ahh aku nak buat kerja sekolah . kusut ahh kau ni macam carl mark . hah , gatai sangat nak google lah tu siapa carl mark . -_____-

IMPIAN YANG MUNGKIN TAK AKAN TERCAPAI

tag ni telah dirasmikan oleh yang amat berhormat encik taufiq bin ____ . jap kenapa mesti encik taufiq bin ___ kenapa tak cik hayley william ? ya tepat sekali abang baju merah belang belang hitam sebab encik taufiq bin _____ yang telah buat tag ni . eee pandai lah abang ni , ni yang rasa macam nak buat suami ni , heh .

jadi , apa eh impian aku yang mungkin tak tercapai ? aku rasa impian aku semua akan tercapai . heh , nampak tak kekerekkan disitu ? jadi aku hentam je ahh impian aku yang mungkin tak akan tercapai .

1) kahwin dengan taylor lautner atau kahwin dengan justin bieber
pastilah tak akan tercapai sebab diaorang tu kan kafir . dan sah sah lah mak aku tak kasi , lagipun iman aku ni kuat lagi lah dari iman kau . lagi satu yang justin bieber tuh , dah sah sah lah aku tak kahwin dengan dia dan tak akan kahwin dengan dia sebab aku tak suka langsung kat dia , jadi dengan automatiknya aku tak akan jadi isteri dia . ada fahammm ?

2) ada followers yang gila banyak bangang kat twitter
aku pon mestilah akan pelik kalau tiba tiba ada orang yang follow aku kat twitter , lain lah kalau aku ni ada suara yang tak best dan aku log on twitter dan ada orang follow sebab nak kutuk sampai trending kat twitter gituu . aku cakap macam suara aku best kan ?

3) ada lamborghini lapan belas bijik .
aku pon tak tahu ahh nak buat kejadah apa dengan lamborghini banyak banyak bukan boleh buat makan pon , boleh buat kerek kat orang jeh . tapi aku tak pernah pon ada impian nak ada lamborghini lapan belas bijik . ya lah kan aku kata aku hentam tadi , pekak ke ? sepak nak ?

4) pergi konsert bruno marssssssss her eyes her eyes
entah bila masa pulak dia tambah marsssssss kat belakang tu pon aku tak tahu . ni lagi satu bila masa pulak aku cakap aku nak tengok konsert bruno her eyes her eyes ? tak pernah terlintas pon dia jiwa dan raga dan akal fikiran aku nak pergi tengok konsert dia . tengok kat youtube pon sudah ahh kan . setakat nak pergi jerit jerit ambik gambar upload kat facebook tunjuk macam kau sorang je yang pergi tak payah . buang masa kau tahu ? dah ahh beli tiket murah duduk belakang sekali buat benda ?

tu je ahh impian yang mungkin tak akan tercapai kot . kalau aku tulis " tak dapat 9A kang " tak boleh jugak kan . sebab kalau aku rajin dan tak bantai gi makan je kerjanya , aku boleh dapat =..= . jadi aku rasa lapar pulak . aku nak makan ahh , berbunyi ahh perut aku , kahkah bangang betul perut aku ni . sepak kang .

aku tag :



wasiat anak dara : aku pon tak tahu ahh kenapa aku tag banyak sangat . terpedaya dengan taufiq ke apa . aku lapar ni kau tahu takkkkkkkk ? 

SEBAB KENAPA AKU TAK SUKA KELUAR RUMAH , ENTRI INI TANPA RIBA . HARAP MAKLUM

kau tengok tajuk entri ni macam sakai tak dengan riba segala ? aku pon tak tahu apa kena mengena riba dengan entri aku tapi aku lagi pelik bila minah form 5 yang jual roti john masa hari sukan haritu cakap " roti john tanpa riba " kuat kuat lepas tu semua orang datang sebab percaya apa yang minah tu cakap termasuklah aku . jadi mesti kau rasa aku tulis " entri ini tanpa riba " sebab nak tarik visitors . kau salah sebab aku tulis macam tu tanpa sebab . dan aku nak bagitahu kau jugak yang sebanrnya kau boleh skip intro ni sebab dia tak ada kena mengena langsung dengan tajuk entri aku hari ni , kehkeh .

1) sebab aku rasa berdosa kalau keluar rumah lepas tu tak pakai tudung , heh
mungkin sebab aku ni baik tahap dewa kot , sebab tu lah aku takut . aku cakap betul ni , aku keluar rumah kalau nak sidai baju dengan tutup meter air yang ada kat luar sebab mak aku suruh sebab nanti paip kat siniki melimpah limpah air , tak nak membazir -___- jadi daripada kau keluar rumah tu sebab kawan kau panggil nak lepak lepak pon kau dah dapat dosa . campur dengan malas bangun solat subuh , terlupa solat zuhur sebab tulis entri , terlupa solat asar sebab tengok cerita nobita and doraemon the adventure of blah blah blah , dan kau terlupa solat maghrib sebab kau rasa lapar dan kau tak lupa solat isyak sebab kau takut kalau mati dalam tidur . fuck off ! tapi tu lah aku , memang tak layak jadi isteri kau . heh

2) sebab trauma ke fobia ke apa dengan budak tu
alah kau ni budak yang aku sdok sibuk cerita kat kau tentang dia tinggalkan awek dia masa dia nak pergi top-up tuh , tak ingat jugak ? kau pilih nak kena terajang ke nak klik sini ? cepat ahh pilih . tapi budak tu tak tahu dah jahanam ke mana , kali terakhir aku nampak dia masa aku tengah tunggu kereta habis sebab aku nak mati cepat dengan melintas jalan atas sebab malas nak naik jejantas , aku ternampak dia dengan awek dia kot naik motor . awek dia belajar dekat sebelah sekolah aku , kira jiran ahh ni ? apa apa je lah .

3) sebab mak aku cakap kat luar banyak orang jahat 
lagi lagi keluar cerita pasal nurin apa ntah nama mati sebab kena lipat dalam beg blah blah blah , lagi lah mak aku tak kasi keluar rumah lagi lagi masa tengah hari . kalau kau keluar jugak , memang kena ceramah 24 jam lah . aku pon tak tahu yang aku tak keluar rumah sebab terpedaya dengan helah mak aku ke apa . kau rasa ?

4) sebab dengan adanya internet yang tiba tiba laju pulak line dia 
kau tahu je lah kan , nak dapat internet laju macam kena tunggu bulan jatuh ke riba . bapaknya lah lambat nak mampos . lepas tu tiba tiba internet kau nak laju pulak , takkanlah kau nak keluar rumah untuk tengok persatuan makcik makcik sedunia mengumpat kot . baik kau hentam blogging ke paling bangang pon facebooking atau tweeting . -___-

5) sebab kau tak nak mengorbankan masa tidur kau , jap ada kena mengena ke ?
mesti kau ingat aku tengah cerita pasal keluar rumah pada waktu malam macam bohsia bohjan apa lah sebab tu lah ada tajuk " sebab kau tak nak mengorbankan masa tidur kau , jap ada kena mengena ke ?" kan ? kau salah lagi , kahkah . maksud aku , kalau kau keluar rumah petang ahh kan sebab buat aktiviti lepaking dengan kawan kau padahal homework giler banyak . nanti malam malam kau kena tangguhkan buat taik mata sebab nak siapkan homework yang giler banyak sekali lagi . kau sanggup ? aku tak sanggup . ceh , padahal tiap tiap hari pon macam tuh -____-

the end .
ahh kau ingat ni fairytale ke apa 
nak the end segala hah ?




wasiat anak dara : sekarang aku sedang tunggu saat saat akhir menghabiskan tulis entri sambil menghadap report fizik yang baru siap tulis tajuk .

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR. Kehkehkeh

Umur 15-17 ;
-muka hensem
-mesti ada duit setiap hujung minggu
-tak payah cerdik pon takpe .
-ada motor sebijik sebab nanti boleh merewang bawak awek satu kampung .

Umur 18-23 ;
-ada keje yang dapat banyak duit.
-duduk rumah sewa pon takpe asal ada duit jeh .
-kena rajin teman awek pergi tesco setiap ahad atau sabtu dan jumaat .
-paling koman ada lamborghini sebijik .

Umur 24-30 ;
-muka kacak bergaya dan pakai baju mahal gila
-dompet tebal 18 inci .
-selalu kerek sebab ada 19562100 bijik kereta , biar capuk asal berlambak .

Umur 31-49 ;
-takde jambang yang banyak .
-masih ada kerja tetap .
-ada lapanpuloh rumah dan semua atas nama isteri .
-tak ada nafsu kat perempuan lain selain kau , heh

umur 50-69 ;
-tak ensem takpe .
-poket tebal dan boleh bagi kau duit sejuta sehari .
-ada kuli untuk ganti buat kerja kau .
-ada tiga isteri pon takpe asal duit masuk sudah .

Umur 70-89 ;
-boleh pakai lampin sendiri
-jangan kencing malam malam
-jangan nak menggatal
-boleh tidur sorang sorang
-sedia wasiatkan isteri kau semua harta kau .
-selalu pergi spa mandi lumpur supaya biasa dengan tanah . Kehkeh

wasiat anak dara ; atas ni bukan lelaki idaman aku tapi aku cilok dari drama melayu . Harap maklum -..-

KAU TAK SERABUT KE SEMAKKAN MUKA DENGAN MISAI SEGALA ? AKU TENGOK PON MACAM NAK BAGI SEDAS DUA

aku tak cakap pon ada misai tu haram jadah tapi aku nak cakap yang aku rasa dengan wujudnya misai di muka kau , keserabutan kau akan terselah . maka , dengan adanya obseravation maka terdapatlah hypothesis . dan hypothesis nya adalah " semakin bertambah bilangan misai di muka kau , semakin bertambah keserabutan mata memandang " . jadi apa salahnya aku terus siapkan report untuk keserabutan misai dalam bahasa rojak .

title : keserabutan misai jantan
aim : untuk menyedarkan jantan yang misai itu tak ada lah bagus sangat weh .
inference : keserabutan mata memandang bergantung kepada bilangan misai yang disimpan .
hypothesis : semakin bertambah bilangan misai di muka kau , semakin bertambah keserabutan mata memandang
fixed variable : ketinggian jantan , tidak diubah harap maklum
manipulated variable : bilangan misai
responding variable : tahap keserabutan di mata seorang yang kemas
apparatus : vernier callipers untuk mengira ketebalan misai , lima orang jantan , perempuan .
procedure :
 1) sediakan seorang jantan dengan bilangan misai 1000 helai .
 2) sediakan seorang perempuan yang agak agak kemas tanpa mengira potongan badan , 50-60-99 pon okay
 3) teruskan eksperimen kau dengan ambik mana mana jantan yang ada misai dengan bilangan 2000 , 3000 , 4000 dan 5,000 helai .

diagram :

result :

jantan misai 1000 helai : perempuan tu lempang dia
jantan misai 2000 helai : perempuan tu lipat lipat dan lipat dia guna kaki kanan
jantan misai 3000 helai : perempuan tu lari 300 km dan terajang bontot dia
jantan misai 4000 helai : perempuan tu sepak muka dia dan smackdown sekali
jantan misai 5000 helai : perempuan lipat smackdown , dan terajang misai dia sampai busuk dan cakap " kau serabut ahh , aku cakap sekali lagi kau serabut ahh . with capital letters please . KAU SERABUT AHH ! "

conclusion : misai kau serabutkan aku . tak nak kawen .
precaution : fikir sendiri , aku lupa .


wasiat anak dara : cer kalau aku letakkan

apa kau akan cakap ?
1) serabut ahh .
2) i love you justin bieberrrr , baby baby baby ohh my babi babi babi ohh
3) asal kau kusut pakcik ? kusut lah bangang .

cikgu fizik kimia aku mesti bangga dengan apa yang aku dah buat ni , kahkah

ANTARA SEBAB KENAPA NUFFNANG TAK INGIN BAGI KAU DUIT

Benda ni terjadi kat aku masa aku tak pernah dapat BE dan fikir pasal duit duit duit . Dan benda ni dah tak jadi kat aku masa aku rasa rajin dan tak fikir pasal duit dah . Ek aku bukan encik crab , harap maklum .

Jadi pakcik sekalian , antara sebab kenapa kau rasa nuffnang tak ingin bagi kau duit ialah , jeng jeng jeng ... !

1) sebab kau malas blogwalking dan kau rasa blogging tu menyemakkan , merimaskan serta mengkusutkan akal fikiran dan tenaga batin , heh . Tapi duit nak , sakai je lebih . Cer bayangkan , kalau kau advertiser , kau nak letak ke ads kau kat blog yang page views 40 , 50 , 40 ? Nak ke dik nun ?

2) sebab kau asyik tengok earning kau kat nuffnang dan bila kau nampak earning kau yang 0.00 , kau dah rasa yang nuffnang ni kedek . Padahal kau yang pemalassssss ! Aku nak nasihat ni jadi sila dengar , heh . Kepada newbie yang ada acc nuffnang , jangan selalu tengok earning sebab iman kau akan teruji . Ceh , tak leh blah .

3) sebab kau nak menjadi seorang yang tak kuno dengan ada acc fb , twitter , myspace dan friendster di samping acc blogspot yang konon konon hebat sangatlah update tiap-tiap hari tapi tak blogwalking . Zzz , lagi lagi kau ada acc twitter dan kau tweet hayley william dan hayley reply tweet kau . Mungkin lima minit lepas tu , kau akan pangkah blogspot . Jadi aku nak nasihatkan lagi , kalau kau nak serious dalam blogging , socializing dalam blog dengan blogwalking . Ada paham ?

4) sebab kau tak mesra alam dengan nuffnang . Masuk laa segala bagai contest bla blah blah yang nuffnang buat . Kalau menang selalunya dapat duit ribu ribu gak ahh , best wohh . Kalau aku nak mesra alam dengan nuffnang , aku tanya macam macam kat diaorang . Eleh , buat apa nak malu ? Diaorang bukan nampak kau pon der . Kalau kau mesra alam nanti mana tahu dia baru terperasan yang pages view kau maintain 8jutabilionsss jeh . Dia mesti bagi BE . Percayalahhhhhhhhhhhh .

5) sebab kau punya stats turun naik , turun naik . Cer pergi tengok stats kau dah bagus sangat ke . Apa kau cakappppp ? Stats aku macam lah bagus sangat ? Kurang hajorr . Stats aku memang lah tak bagus sangat weyh sebab aku student . Ceh tetiba . Tapi kalau cuti semester seminggu nanti *yes yes * stats aku mesti meletup . Sampai tercabut seluar abang nuffnang tu , kahkah .


Wasiat anak dara : jadi makcik , jangan tanyalah nape aku demam buat entri pasal nuffnang sebab aku baru balik dari blog seorang blogger otai yang bagi aku sedar aku ni blogger yang macam mana heh . Sedih -..- , kesat hingus . Srutttttt .

:: sila letak url belog kau kat sini eh , kalau nak je lah . terimakasihh daun kari .

REBECCA BLACK TRENDING KAT YAHOO SEBAB SUARA DIA TAK BEST ?

ada lagi ke orang kat dunia ni yang tak tahu bahawasanya rebecca black atau nama sebenarnya rebecca black popular dikutuk serta dikritik sebab suaranya yang tak best ? mungkin dia trending kat twitter dan mungkin dekat facebook ada dah fans page I LOVE REBECCA DAMN MUCH BEBEH

. jadi kat sini kau dah tahu antara cara untuk trending kat yahoo adalah dengan mempunyai suara macam katak . kau ada ke ? kalau ada sila buat video dan suruh mak kau upload kat youtube dan tunggu lima belas minit dan kau akan dapati 78,935152 orang tengok video kau dan 193244 likes dan 1539946 . nah tengok video bawah ni dan jadikan angka 78935152 kepada 80000000 , sekarangggggggg !




untuk pengetahuan kau jugak miley cyrus dah jeles sekarang sebab orang asyik cerita pasal rebecca black sampai orang dah lupa siapa miley cyrus . mungkin dia kena buat parti liar sambil menari ikut rentak lagu raise your glass dulu baru orang akan ingat pasal dia balik . mungkin . okay jom cerita pasal pitbull pulak .

jap kenapa pitbull ? jap , apakata kau tanya orang yang selalu search pitbull dan boleh tersesat kat blog aku sejak tahun lepas atau lebih tepat sejak aku tulis yang aku suka lagu pitbull . tapi aku letak satu je kot gambar pitbull , satu jerrrrrrr .

ini pitbull
cool kannnnnn
ini jugak

kenapa dia macam sakai ?
kenapa dia macam bajet heh ?
sebab dia rapper der .
rapper memang kena macam tu .
wajib

wasiat anak dara : dah pukul 3:30 pm ehh ? kenapa aku bangang sangat tak makan lagi ? sebab aku baru breakfast pukul 3:00 pm tadi . harap maklum .

REVIEW FILEM ; MENGAPA KAU REBUS MAK AKU ?

kembali semula kita dalam review filem megapa kau rebus mak aku ? kali ni aku nak buat review pasal filem yang menampilkan irama grungeee , keles gitu ! ini pastinya daripada aku , pakar serba-serbi dalam bab perfileman , ehemm ehemm . dulu aku ada buat review pasal filem 'mulut awekku berbau kerbau ' . siapa siapa yang rajin ngat nak pergi terjah cari ahh sendiri kat mana post tu  , aku malas nak letak link . kehkeh .


kau ada , jom ahh tengok sinopsis dia .

cerita sedih yang pasti menggegarkan dunia tanah air vietnam dan tibet selama dua tiga minggu ini . filem arahan mamat tambori a.k.a jiran sebelah rumah gua yang berasal dari Chulalongkorn cuba membawa penonton yang emosional untuk menyelami kehidupan yang pasti merobek hati dan jiwa masakini .

Manakala kos untuk filem ini menelan belanja rm2.20 sedirham . Tak lupa jugak pengarah cuba menampilkan pelakon-pelakon baru berbakat yang diambil dari Kampung Chubadak,Sentul .

Seramai 18,000 pelakon dipaksa berlakon dalam filem ini . Cerita yang mengisahkan seorang jiran yang terebus jirannya yang baru pindah kerana menyangkakan jirannya itu seekor itik . Ini disebabkan muka jirannya yang baru pindah itu hampir sama dengan seekor itik . sangat menakjubkan eh .

Tiada ending dalam cerita ni .Begitu jugak dengan konti,kuih koci dan tayar basikal tidak diselitkan dalam filem ini menyebabkan filem ini begitu hebat sekali . bangga bangga . Aku rasa filem ini akan disiarkan dalam dua tiga jam lagi di mana mana pawagam yang ada dekat dengan rumah kau mahupun rumah nenek kau . kau pergi la tengok , gerenti ada punya . percayalah , muka ni nak tipu ? ishish


wasiat anak dara : pakwe aku nick santino kirim salam kat kau semua. hapeeeee ? kau kata siapa nick santino ? kuang hajoo betul mulut , dia kan vocalist a rocket to the moon . majulah sikit wehh .

KAHKAH , MAHARAJA LAWAK KELAKAR LAH !

macam terencat kan tajuk tu ? apa , kalau tajuk tu terencat kau sembelit keh ?dush

ohh bangang , maharaja lawak tak start lagi kau dah cakap kelakar . Asal ? Kau dah tengok intro dia pon kau akan tahu yang rancangan ni memang akan buat kau cirit .

Ahhahaha , aku dah dengar suara mizal sekarang ni . Btw pakcik , dia host keh . Juri pulak , mamat khalid , apek dan ahmad idham . Ekk , ahmad idham tu ada orang cakap 'lah , nak cari juri cari lah yang okey sikit' . Dia teruk keh ?

Wasiat anak dara : Jap ahh aku nak tengok ahh ni .kat astro prima live gituh . Babai sayang

MANUSIA YANG AKU PERNAH JUMPA , AKU JE LAH KAU TAK

manusia yang paling best tahap dewa untuk kau bawak dia ronda satu sekolah atau usha budak yang kau suka 
dua orang je . kawan dan kawan . ni kira kawan yang sanggup ikut kau pergi tawaf satu sekolah sekaligus ikut kau pergi usha budak yang agak comel tuh . dan dia pon terjatuh hati dekat budak tu menyebabkan kau nak ambik mata budak tu , kawan kau nak ambik badan budak tu kau nak kawen dengan budak tu , kawan kau nak jadi awek dia . sharing is caring kan . duh

manusia yang pegang 90% rahsia hidup kau dan kau pernah nangis depan dia 
seorang budak yang dilahirkan untuk menjadi adik kepada eka bukan mak cik kau . kalau kau pecahkan semua rahsia yang aku bagitahu kau . sila sediakan keranda sebab anda mungkin akan mati . harap maklum

manusia yang selalu buat kawan kau nangis . aku tengah cakap pasal lelaki sekarang ni . apa masalah kau ?
dua kali tu kira banyak ahh jugak kan . satu , masa aku form 3 walaupun aku tak satu kelas dengan dia dan satu lagi masa aku form 4 atau masa aku dianggap form2 . masa form 3 tu aku tak satu kelas dia tapi apa yang membangangkan keadaan dia satu kelas dengan aku sekarang ni . dan walaupun kelas aku tu dibahagi kepada dua , dia tetap tak berambus dari kelas yang sama dengan aku . jadi , tolong jauhkan novel yang cerita pasal seorang perempuan yang benci gila babi kat seorang lelaki kaya dan at last dia akan kahwin dengan lelaki tu . sebab aku memang tengah benci gila babi kat dia sekarang ni .

manusia yang kau rasa mungkin kawan kau sehidup semati
adakah kau rasa kawan baik kau masa kau darjah satu hingga darjah tiga tu kawan sehidup semati kau ? adakah kau rasa dia kawan sehidup semati kau bila dia pindah kat sarawak ? adakah kau rasa dia kawan sehidup semati kau bila dia datang dan belajar dekat sekolah yang sama kau belajar sekarang dua tahun lalu ? adakah kau rasa dia kawan sehidup semati kau bila umur dia sama dengan umur kau , umur mak ayah dia sama dengan umur mak ayah kau , umur adik kedua dia sama dengan adik kedua kau , markah geografi kau dengan dia selalu sama tahun lepas masa kau form 3 ? adakah kau rasa dia kawan sehidup semati kau bila markah sejarah dia untuk first test hari tu sama dengan markah kau dan adakah kau rasa dia kawan sehidup semati kau bila nama kau sama dengan nama dia ? dan adakah kau rasa apa yang aku tulis ni tak ada kena mengena dengan istilah kawan kau sehidup semati ? * nape gua emo semacam ni .

manusia yang selalu buat kau jadi perempuan yang suka kutuk orang .
mereka adalah budak budak bas stop atau lebih dikenali sebagai budak budak bas ikan sardin yang menghabiskan masa sekolah dia orang dengan melepak mengorat atau memperasankan seseorang awek . dan bila kau lalu depan diaorang untuk ke sekolah dengan niat sesuci murni untuk belajar , diaorang akan buat bunyi tikus dan kau pon dengan automatiknya akan " fuck youuuu bebehh " okay aku tipu . aku akan cakap " nape kau ni bangang sangat kau hengat kau hensem ? muka kera jiran aku lagi lapan juta kali lagi hensem dari kau lahhh , uwekkkk " aku cakap macam tu dalam hati . berani takkk ?


wasiat anak dara : mak aku paksa aku buat air . ya mak aku paksa bukan suruh .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...