BENDA PALING SENGAL ADALAH BILA SEMUA ORANG CITER PASAL BOLA, KAU TETIBA CITER PASAL HIDUP KAU .

kau tahu kenapa takde siapa pon membahan serta membalun fakri harini ? bukan sebab beliau hensem ya , bukan juga sebab beliau adik beradik kepada taylor lautner tetapi sebab





semua perempuan di mesia ni sedang sibuk mengaku yang nazmi mansor dan khairul fahmi tu pakwe mereka sedangkan mereka ialah pakwe aku yang keenam . ya , kedua-duanya sekali pakwe aku yang keenam . tetapi  disebabkan perempuan di mesia ni kelihatan sangat desperate dan agak koya , saya rela menjadikan Ong kim swee sebagai pakwe saya yang keenam . hello , jeles lettewww dia kacak hikhikhik .




wasiat anak dara :
sabar ye nak . 

WOI CEPAT TEKA SAPE NI? MUAHAHAHAA





A) pakwe aku yang kelapan belas, babai gerard way
B) peganti gerard way dan taylor lautner
C) yang pastinya bukan pakwe kau .
D) mamat yang entah mana aku jumpa kat google
E) buat jawapan kau sendiri tidak melebihi 15 patah 
perkataan .





wasiat anak dara : woih esok lepas maghrib cepat cepat tercongok depan tv tahu? bawak bendera malaysia nyanyi lagu negaraku , semangat depan tv sekor-sekor eh? janji tauuuuuu , hikhikhik . *cukup gedik tak?

BENGONG

Aku bangun pukul 4 petang tadi . dan masa aku bangun tadi , semua orang macam ;

bapak aku berpura-pura tengok dinding
mak aku berpura-pura bukak peti ais
adik aku berpura-pura basuh pinggan
aku pulak berpura-pura tidak wujud lalu membuka tv lalu melayan Ahhhh!Real Monster di tv9.

dan sampai sekarang diaorang masih berpura-pura aku tak pernah wujud . okey . fine!fine!




wasiat anak dara : oh mak aku baru tegur aku tadi , dia  tanya " handphone ma mana along? " dan aku jawab " tak tahu " lalu mak aku blah . okey fine! fine!

KELEBIHAN JADI SEORANG LELAKI . EHEM EHEMM AKU MASIH PEREMPUAN , HARAP MAKLUM

1) percutian lima hari ke indon hanya memerlukan satu beg pakaian .

2) saiz punggung tidak menjadi masalah ketika interview .

3) tiga pasang kasut adalah lebih dari cukup .

4) takde sesiapa yang akan pandang dada kau bila kau bercakap .

5) kau tak perlu ingat hari jadi semua orang .

6) kau tak perlu risau kalau jamban kau tak berbasuh .

7) kau boleh makan nasi goreng dalam stor mahupun dalam jamban .

8) kalau member kau terlupa nak jemput kau ke kenduri kahwin mak dia , dia masih lagi member kau .

9) kau boleh mandi dan bersiap dalam masa 10 minit .

10) semua alat sulit kau semestinya real . eh ye ke?




wasiat anak dara : tahun depan aku mungkin diulangi mungkin akan update dua bulan sekali . jadi aku nasihatkan kau belajar menerima katidakhadiran aku dalam hidup kau . keh keh keh .

TEKA SUBJEK APA NI? HAHHAHAAA


nampak memang dah takde harapan nak pass kan?
memang tak , dua ketul lagi markah nak pass . 
teka ah subjek apa ni , sape tak teka dia tak hensem. 




wasiat anak dara : tahun depan aku spm eh? ohhhhh.

MANUSIA YANG PATUT DINIKAHKAN DENGAN DR. ROZMEY

1. manusia yang kata aku kahwin dengan gerard way sebab paksa. walaupun memang dia yang tergila-gilakan aku, tapi  aku kawen dengan sebab aku memang cintakan dia macam aku cintakan duit dia .

2 .manusia yang cakap salleh yaakob tu tak kacak memang patut dinikahkan dengan dr. rozmey, biar dia sedar bagaimana rasanya kawen dengan lelaki rambut macam penyapu .

3.manusia  yang tengok boys over flowers tapi tak nangis . jangan nak bajet fahrin ahmad lahh sangat woihh.

4. manusia yang cakap fernando torres henseng.

5. manusia yang nak ponteng sekolah tapi tak ajak aku sekali.

6. manusia yang pijak kasut aku setelah aku bersusah payah basuh .

7. manusia yang bergaduh semata mata sorang nak tengok Nada Cinta dan sorang lagi nak tengok Kiteretsu . dan pergaduhan berakhir dengan sorang bawak masuk remote dalam bilik dan sorang lagi mesej boipreng .

8. manusia yang pakai baju seketat ketatnya di sekolah semata-mata nak tunjuk bahawasanya dia sorang je yang ada dua ketul .

9. manusia yang kacau aku tengok filem 40 juta dengan bercerita tentang apa yang dia makan dekat sekolah dan kenapa aku tak mandi lagi walaupun dah pukul lapan . malam .

10. manusia yang beli fixie lima ratus dan upload gambar fixie beliau di pesebuk ke dalam album " barang yang bapak I bagi edisi Oktober " .

11. manusia yang tiru masa pekse sama seperti masa aku bodoh dulu .





wasiat anak dara : say hai kepada cuti makan tidur running man belogspot sepanjang masa makan tidur pesebuk tuiter dan makan . say babai kepada sekolah, tidur dalam kelas, mengumpat bersama rakan dan merebut semasa beli nasik tak sedap di kantin .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...