LELAKI YANG PASTINYA BUKAN JADI SUAMI KAU , YEAAAA !

pernah berangan kahwin dengan anak orang kaya yang bajet hensem lepas tu tetiba suka kat kau lepas tu kau tinggal rumah dia lepas tu mak dia tak suka kau dan nak jodohkan anak kesayangan dia dengan anak sedara dia , seorang perempuan yang cantik dan pastinya sangat gedik dan lepas tu ada adegan kau ternampak suami kau tu tidur dengan perempuan tu lepas tu suami kau kata " tak , tak abang tak tidur dengan dia " . lepas tu kau nangis balik rumah mak kau . lepas tu dia datang kat rumah mak kau , lepas tu nak tidur kat situ jugak . lepas tu berbaik . macam bangang . nampak sangat cerita dari dua tiga buah novel yang plot cerita dia , lelaki kaya perempuan miskin dan lelaki tu bajet . zzzz .

lelaki yang sudah pasti kau takkan ambik jadi suami kau , kahkah
1) th_ _ _ _
2) sya_ _ _ _ _
3) zha_ _ _
4) al_ _ _
5) aq_ _
6) sya_ _ _
7) kekosongan jawatan . boleh lah apply kalau nak .

oh ya , yang warna merah tu kalau aku nak cakap manusia yang paling aku benci dekat dunia ni macam nampak sangat jahat . takkanlah budak baik macam aku ni nak cakap macam tu kannnnnn ? pastinya tidak , jadi aku merahkan dengan tujuan kau tahu tu manusia yang kalau aku boleh bunuh aku dah bunuh . terima kasih kerana membaca . sila berambus .



wasiat anak dara : sekarang sedang mendengar keling menyanyi .

TAKKAN DUA ORANG JE PAKAI SPENDER ?

seorang minah bernama minah yang sememangnya comel merajinkan dirinya sendiri pergi ke dapur . bukan untuk makan juga bukan untuk pergi berak di daam tandas yang located at her dapur . tetapi untuk pergi ke machine washing bak kata orang kampung sanggang atau dalam bahasa inggerisnya washing machine . tujuan minah adalah untuk mengambil membawa serta menyidai baju yang terdapat didalam wasing machine tersebut .

selepas beliau tengok tiada lagi baju yang perlu diambil oleh beliau untuk beliau sidai . beliau pun berambus . ye lah  , takkan nak sidai baju didalam rumah mestilah di luar rumah . penyidai baju dah beli mahal mahal , tak guna apa barang bang ? tu jelah modal nak memarketkan diri kan . bila sudah selesai menyidai baju yang adalah dalam lapan ratus helai , minah pun memasuki balik rumahnya untuk menyidai spender pulak .

mak minah suruh sidai spender dalam rumah sebab nanti orang nampak kekuningan bagai dekat spender tu . lagipun spender mak minah tu banyak dah koyak rabak . tak tahulah pulak kenapa boleh jadi macam tu , ganasnya mak minah .

tapi bila minah nak sidai spender , minah terkejut beruk . sebab dalam washing machine tu ada dua spender saja . maksud minah , takkan abang dengan abah minah tak pakai spender  ? minah jadi panik , lalu minah tanya abangnya " weh abang , kau tak pakai spender ke spender kau takde pun aku nak sidai ni sakai ? "  . " kawan aku pinjam " "ohhh , jadi kau tak pakai spender ke sekarang ? " senyapp . abang minah buat nyanyi lagu poker face sambil menuju ke ruang tamu dengan bontot yang kelihatan tiada kesan kesan dia pakai spender .



wasiat anak dara : tak lucah jugak entri ni , aku nak study chemistry. babai sayang esok saya ngorat awak okehhhh ?

BUKAN LUCAH

tak , kalau kau nampak seorang lelaki dan perempuan yang agak agak baik duduk di depan dan buat gaya macam permulaan untuk beromen masa dekat klinik pada hari jumaat . apa yang kau akan rasa atau apa yang kau akan buat paling bodoh pon ? jap , macam mana kau tahu perempuan tu agak agak baik ? ya tepat sekali , sebab dia pakai tudung dan pakai spek dan gaya dia ala ala jururawat dekat klinik tu , sumpah sama . jadi , aku terus perempuan tu agak agak baik  .



create free polls | comment on this

tapi kalau dengan tiba tiba phone lelaki tu berbunyi bila perempuan tu masuk ke dalam bilik makmal kejadah apa entah , dan lelaki tu cakap dengan orang yang call tu " hah , tak lah cek darah jeh  blah blah blah tak tahu lahh takkan dah pregnant kot  blah blah blah " . dan bila perempuan tu keluar dia tunjuk buku entah apa dekat lelaki tu dan mereka senyum dan mereka berambus . sebelum tu perempuan tu ada cakap " abang , tadi ada mak telefon tak ? " mak lelaki tu ke perempuan tu kau rasa ke mak mereka tapi kalau mak perempuan tu takkan dia telefon lelaki tu mestilah dengan bestnya dia akan telefon anak dia sendiri kan kan ? jadi , kesimpulannya saya tahu mereka suam isteri walaupun sebanrnya saya hentam dan membangang sahaja . * best pulak aku rasa guna " saya " rasa macam budak yang sangat baik dan ciri ciri pelajar cemerlang mid-year exam .

jadi , motif aku buat entri ni adalah untuk memberitahu kau yang mereka suami isteri dan mereka sedang beromen dan itu bukan lucah .



wasiat anak darah : entri aku ni nampak bongok tapi kau jangan bimbang sebab entri ni takkan menyebabkan mak kau sembelit . fakta ni weh , kau jangan memain . jeles ahh tu aku dapat fakta lagi best darri kauu . bluekkkkk/

HOI GEMUK ! KAU TAHU TAK DIA COUPLE DENGAN KAU SEBAB KAU KAYA ?

aku tak boleh betul tengok seorang minah yang agak agak cantik lah telah berjalan dengan seorang budak yang gemuk atau buruk . hamboih buruk , macam kau cantik je kan ? heh . tak , bukan nak cakap aku jeles ke apa sebab tak ada pakwe tapi disebabkan aku dah memang cukup kasih sayang maka sebab itulah aku tak ada pakwe seterusnya berasa sangat kesian dekat budak lelaki gemuk atau buruk tu walaupun dia bukan kawan kau atau adik kau dan tak pernah bercakap walau sepatah pun dengan kau . kau tak perasan ke yang aku telah memuji diri aku sendiri yang menunjukkan aku ni seorang yang amat baik walaupun kepada strangers . ehemm ehemm .

aku berasa kesian atas faktor faktor berikut ;

1) mungkin budak lelaki tu kaya nak mampos dan minah tu nak cilok duit dia je .
takkan nak cakap cinta sejati kot kalau kau jalan dengan pakwe kau pun , kau pandang kiri kanan takut orang nampak . jadi dengan itu aku dengan ini memasukkan kau ke dalam kumpulan ehh kau tak couple dengan dia ke ? dia kaya bodoh . hah , aku masukkan kau dalam kumpulan tu , kau suka takkk ?

2) tetiba pulak aku rasa macam dalam cerita syurga cinta
yang awal ashaari kenakan heliza helmi tu . tapi kat sini aku anggap , minah tu awal ashaari dan lelaki gemuk tu heliza helmi yang mana mungkin minah tu nak kenakan lelaki gemuk dengan berkasih sayang dengan lelaki gemuk tu selama tiga bulan . lepas abis tiga bulan , dia bawak lelaki gemuk tu jumpa member member dia dan  gelakkan lelaki gemuk tu sebab percayakan dia dan cakap " takkanlah aku nak couple dengan budak gemuk macam kau ni . ape kelas ? wakakakkaa " sangat kesian , sobs sobs . pengakuan : aku menangis tengok filem syurga cinta tu . heh

3) dua je sebenarnya faktor faktor kenapa aku kesian kat budak lelaki tu . jadi , abaikan nombor tiga ni . lalala

jadi , couplelah dengan orang yang kau rasa sepadan dengan kau atas sebab taknak bagi aku kesiankan ke apa . atau tak payah ahh couple bagai ni , buat semak je kehulur kehilir bawak awek masing masing kononnya macam kau sorang je ada awek . semak tahu semak ?


wasiat anak dara : aku mengaku kat depan aku ada buku latihan pendidikan islam dan tangan aku sibuk menaip wasiat anak dara dan baru aku perasan dah pukul dua rupanya dan baru aku perasan jugak aku tak mandi lagi . abaikan perkataan perkataan terakhir tu , babai

STYLE TERBARU TELAH DIJUMPAI . SILA TERPEGUN .

kau tengok lelaki yang pakai baju putih 
yang pakai spek mata tu , kau nampak tak dia macam gembira
apabila melihat si justin bieber memegang mikrofon dan pakai
misai tebal dan spek mata besar godang ?
itu bermakna " saya suka justin bieber begini . i lap u justin bibirrrrrrrr"
erk .


ececehhh , terkangkang lagi .
tak , masalahnya sekarang ni kau ada ke lembu kat badan .
tak ada wehhhhhhhh . 
oleh itu , silalah jeles sekarang . 


cer kau tengok muka dia .
ada ciri ciri untuk menunjukkan bahawasanya macam dia
sorang je yang ada baju angka .
kan ? kau pun ada kann ?
kusut sangat cik minaj ni .


aku fikir lapan ratus juta kali nak letak ke tak nak
gambar ni . tapi bila tengok berjuta juta
blogger letak gambar yang tidak patut dilihat
oleh budak yang belum mumaiyiz .
jadi , aku pun letakkk . 
antik tak gambar ni ? cantik kannnnnnnnn



wasiat anak dara : alamak alamak alamak , abah dan adik ku sudah 
mula menunjukkan ciri ciri untuk meminati hazama af9 ni . 
ahh apa ada hal .

KAK , JEJANTAS NI BUKAK AKAK YANG PUNYA KAN ? JADI , BOLEH JALAN CEPAT SIKIT ?

Aku rimas betul kalau aku nak cepat sampai sekolah sebab nak baca buku sejarah sambil duduk bawah kipas , pastu ada orang yang buat jejantas tu macam bapak dia punya . Semangat untuk bagi kaki ke muka tu semakin membara bila aku nampak dia baik punya pandang kiri kanan menikmati pemandangan di atas jejantas . Tak , bukan nak cakap yang aku ni jenis sangat tak sabar untuk hafal buku teks sejarah , tapi disebabkan aku ni seorang yang jalan laju dan cikgu aku pun kata seorang yang berjalan laju itu orang yang berjaya dan apabila aku terserempak dengan dua orang minah yang jalan pakai gear dua , memang aku baran .

Dan aku sangat bersyukur kerana dengan izinNYA aku dapat memotong serta memintas dua orang minah tersebut tanpa mengguna pakaikan signal dengan bergaya sekali , dan ya tanpa menoleh ke belakang . Dan juga tanpa memberi minah tu tendangan edisi terhad dari aku sendiri .

Minah tu patut kembang sebab aku tak sepak muka dia . Bukan disebabkan adanya sepupu lelaki dia yang aku sangat menyampah tu , tapi disebabkan kesucian hati murni aku sendiri . Bukan nak puji diri sendiri ke apa , tapi orang memang cakap macam tuh kat aku . Aku pun terima je lah sambil buat modal untuk memarketkan muka . Sekali lagi , dengan kesucian hati murni aku . Heh .



Wasiat anak dara : bukan aku nak kerek ke apa , tapi aku bangga sebab aku bangun agak awal hari ni dan tak sempat dengar mak aku bermadah ' anak aku ni dah mati keeeeeeeeee ? ' itu bermadah kan ? thee thee thee

TERIMA KASIH SEBAB TAHU AKU PEMALAS , NUFFNANG EH ?

tak , sepatutnya tak payah HAHA kat tajuk tu sebab nampak sangat menipu dan buku cakap menipu tu dosa besar sama macam kau tipu kawan kau kata kau takde seringgit bila dia nak pinjam duit kau sebab dia terlupa bawak duit . wahh , tiga markah . 

kau rasa bila kau bukak website nuffnang dan klik earning kau , dan cari buffered kau hidup lagi ke tak dan rupa-rupanya dah jadi metered , dan kau panggil adik kau " wehhh , tengok dah jadi meteredddd " dengan bangga , kau rasa itu sedih ? takkkkkkkkkkkk ; cakap ramai-ramai sambil angkat sepanduk dengan kain besar godang . heh

* jap , kenapa bau rokok kuat sangat ni ?????????? abah gua ni , isap rokok pon agak agak ahh . pffffffttttttt . okey tipu , terima kasih abah . 

jadi , entri ni untuk menunjukkan bahawasanya aku akan tidak tulis entri dalam masa tiga minggu kecuali hari wesak dan mungkin kalau aku malas pergi untuk sambutan hari guru isnin minggu lagi satu  , aku akan tulis . ceh , pergi sekolah berdiri tengah tengah panas , dengar pengetua temberang dan budak budak gedik cerita pasal pakwe masing masing . baik aku duduk dekat rumah , tidur bukak channel afc tengok chef wan masak . kehkeh


wasiat anak dara : dah ahh malas aku tulis . aku nak makannnnnnnnnn

PERKARA YANG AKU TAKKAN PERNAH BUAT ADALAH SHOW OFF AKU PUNYA CEK NUFFNANG

katakan tidak kepada show off . heh , macam persatuan baju baju merah sedunia buat mogok baling taik depan kedutaan malaysia di indonesia pon ada .

tak , bukan nak cakap show off kau punya cek nuffnang kat orang perkara yang sangat sangat tidak perlu kau buat masa blogging ke apa . tapi , aku memang tak nak kann nak buat macam mana . takkan kau nak bakar rumah aku kot . ada yang kena sepak lapan belas kali tanpa henti kangg . heh sekali lagi . 

bukan apa , tapi kalau show off kau punya cek nuff lepas tu buat blur dekat total amount tu baik tak payah wehh . semua orang tahu ot , kalau pertama kali kau cash out duit kau mesti dapat rm 50 punya tolak seringgit tinggal rm49 . semua orang tahu ahh . 

tapi , best jugak kalau show off kau punya cek nuffnang ni sebab nanti ramai tetiba datang blog kau sebab nak tengok kau punya cek yang dah blur semacam tu . termasuk aku , heh . 


aku nak berhenti menulis ni dan nak tunggu mana mana pihak pembangkang maki aku kat comment box atau memekak dekat shoutbox tanpa url blog . ishish , kenapa tak tinggalkan kau punya url blog dik nun . macam mana  aku nak maki kau balik . wakakakaaka , aku tak cakap kelakar pon .



wasiat anak dara : perut aku bergendangan , tak tahu kenapa .

TIPS UNTUK LELAKI SAHAJA.PULUN BANG PULUNNNNN !

kau dah jumpa awek , perempuan , janda bagai ? tapi disebabkan kau jenis yang agak lombap lah dalam tackle awek , perempuan dan janda bagai ni . aku dengan baik hati ingin memberi , melempar serta mencampakkan kepada kau tips tips terbaik untuk tackle awek , perempuan dan janda bagai . kalau kau tak dapat jugak tackle , alamatnya mak bapak sumpah ahh tu . heh , tak tak aku borok je . kau ni ,tu pon nak nangis . 

1) mula mula semakkan kepala kau dengan latar belakang dia . ya , latar belakang takde kena mengena dengan belakang rumah . memang tak ada kena mengena ponn .




2) lepas tu buat ahh member dia macam member kau pulakkk . buat je lahh . malu pulak , sepak kanggg



3) pastu member ahh dengan jiran sebelah umah dia , member je lahhh . bukan aku suruh kutip duit zakat ponn . kusut ngatt .



4) last sekali , last sekali tu maknanya lepas ni tak ada ahh wehh .ngertiiiiiiiiiiiiii ? last sekali , kau member ahh ngan mak bapak dia pulakk . gerenti dapat punya ahh , cer ahhh .





wasiat anak dara : best arkkkk tips aku bagi . woi , kau patut berterima kasih ahh kat aku , mana kau nak jumpa perempuan yang nak bagi tips kat lelaki ? ade ade ade ? tak hadooooo . babai .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...