MISTERI JAMBAN RUMAHKU , INI TIDAK BOROK ! HEH

jangan kau ingat borok tu adalah " borak " dalam bahasa temerloh . sebab kau memang salah dan salah itu tak menyebabkan kau mati . jadi aku nak bagitahu kau , borok tu adalah perkataan untuk " tipu " yang aku tak tahu diaorang kutip kat mana , jadi kau jangan tanya adakah " borok " itu bahasa orang temerloh sebab aku memang tak tahu . biasalahhh , aku kan hayleyy , omputih . heh

1) jikalau aku nak masuk jamban dan jangan tanya kenapa aku nak masuk jamban tu dan pastinya bukan untuk berak , pasti ada adik lelaki aku yang ketiga dimana beliau sudah berada didalam jamban itu . itu sesungguhnya amat menterbalikkan hormon aku kerana terlalu pelik untuk seorang budak perempuan enam belas tahun yang sememangnya normal , bila nak masuk tandas , terdapat seorang budak lelaki iaitu adiknya sendiri . sangat ke-------sengalan . tapi yang misterinya , kenapa adik aku yang ketiga ? kenapa tak yang keempat atau kelima atau kedua atau kenapa bukan abah kau ? sumpah misteri kan jamban aku ? huehuehuehhh

2) kau nak tahu tak peah , bila aku masuk jamban aku kan mestilah ada seekor cicak yang macam biasalah tanpa baju dan seluar dalam pasti akan tergedik cepat cepat melarikan diri dari belakang pintu jamban rumahku ke bilik air sebelah . kau faham dok ? kalau tak faham macam biasalah aku akan menghadiahkan kau kamus dewan untuk kau menghantukkan kepala kau dengan kamus itu . cerita diteruskan , ia sangat aneh kerana takkanlah cicak tu nak tengok aku berak ? sebab kan aku dah bagitahu kau yang aku tak berak dalam  jamban , aku berak dalam toilet . ye lah aku kan haylewwwww . jadi , apa yang cicak tu nak daripada aku ? nak aku nyanyikan lagu " the only exception " untuk dia pergi jalanlahhh sebab aku tak mungkin nyanyikann . jadi kan peahh , kehadiran cicak tu menggerunkan aku sangat sangat . sumpah misteri kan jamban aku ? huehuehuehhhh

3) hah rahasia ini aku hadiahkan kepada kau sahaja , jika kau hadiahkan kepada orang lain , hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala dosa keji kau kat aku tuh . aku sebagai manusia biasa hanya mampu berbuat bongok . kehkeh .sebenarnya kann sebenarnya kan , aku aku malas nak tulis dah . almaklumlah , penat menaip dengan blackberry hak milik sendiri yang sangat osemm tu . jadi boleh tak kalau aku berhenti menaip sekarang ?



wasiat anak dara : aku mesti aku mesti menaip dan menaip kerana ada satu BE sedang berlari di dalam belog haprak aku ni . aku tak cakap yang aku sedang gembira kerana ADA SATU BE SEDANG BERLARI DIDALAM BELOG HAPRAK AKU kannn ??

via blackberry hayley yang belognya sangat haprakk .

3 comments:

Jaune said...

kejadahhhhh kau cite pasal jamban?? tau ah haritu aku blogwalking aku cakap pasal jamban kau kan?????? ish3 baik kau kurangkan harga jamban kau tu kepada 20 sen balik.

saljihitam said...

biasalahhh, aku kan hayleyy.

pandai hayley tulis karangan dalam bm ya. meh nak cium sikit. hahaha


kalau cicak tu ada fb kan agak agak apa status dia lepas dia dapat tengok kau berak kan.

hahaha jamban oh jamban. ahh kejadahh.

ekabukanmakcikkau. said...

@jaunelanolahkonon : whatever *buat gaya kim kardashian huehuehueh

@saljihitam : aku dah like page cicak tu , dia sangat hensem . lapanribu orang like page dia dohhhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...