JENIS LELAKI YANG TAK LAYAK DIPANDANG OLEH AKU

1) lelaki yang hensem dan jambu tak kesah lah kalau kau tak bajet pon aku tak nak pandang kau , huehuehueh
lelaki yang memenuhi ciri-ciri seorang fizo omar hendaklah menjauhkan diri dengan aku kerana dengan itu aku  tidak akan memandang kau walaupun kau lalu sebelah aku sambil tangan di kocek seluar dan dengan rambut terpacak pacak . kecualilah kalau kau datang kat aku dan cakap " hai awak huehuehueh saya sukalah kat awak ni jom kapel huehuehueh " nampak agak sewel tetapi aku dengan bangganya akan " wakakkaa ye ke ? jo jo jomm lah kapel " eloklah dua dua sewel .

2) lelaki yang sumpah tinggi macam galah kau tahu yang galah panjang kalau kena tangan kena keluar tu . best wohhh main game tu . 
kat sekolah aku beribu lelaki lelaki yang macam panjang giler tak tahu lah kalau dia memang mencekik yang yummy yummy penuh kalsium untuk kau tinggi macam galah setiap hari tanpa mempedulikan orang yang pendek macam saya ini , sobs sobs sobs . lepas tu kalau lalu , sebelah mereka aku pasti akan tunduk sebab kalau aku pandang dia , aku rasa aku macam ada kat depan menara kl . dan wajiblah untuk aku tak pandang mereka ini , kalau perlu cakap sesuatu pon pasti akan " weh , cikgu blah blah panggil kau pergi ahh berambus semak tau ? " sambil pandang ke dinding .

3) lelaki yang macam weh duit aku beribu dalam kocek ni masalahnya kau ada ke weh ? 
kalau sepuloh batu jauh pon aku boleh nampak jam bertakhtahkan berlian berkilat-kilat dengan hidung kau  kembang lapan inci , bila kau lalu sebelah aku pastilah tidak aku pandang . kecualilah kalau elok-elok kau lalu sebelah aku tetiba enam ratus dollar terjatuh dari kocek seluar kau dan kau buat tak peduli sambil meneruskan perjalanan . pastinya aku akan cilok duit itu dan lari , huehueheuh . paling bangang dapat beli mencekik karipap lapan belas dak ?

4) lelaki yang kasut dia sangat bersih macam basuh setiap hari
sebenarnya lelaki macam ni sangatlah diperlukan dalam list " manusia-manusia pembasuh kasut aku " . tetapi disebabkan kasut dia terlalu bersih menyebabkan aku tak pandang muka dia tetapi hanya memandang kasut dia . sambil dalam kepala otak mencongakkan berapa ratus duit mak dia lesap sebulan semata-mata nak bagi anak dia kembang hidung pakai kasut berkilat . bukan apa , cuma malu dengan diri sendiri yang basuh kasut tiga minggu sekali dan kalau malas sangat akan mencurahkan air ke kasut ku dan campak kedalam mesin dan tekan spin . kan senang .



wasiat anak dara : sesiapa yang bijak disini boleh tak bagitahu macam mana nak bijak dalam add math tanpa perlu susah susah aku ke tuisyen ? janganlah kedek sangat , huehuehueh

33 comments:

adik zac efron said...

lu tak payah ah pandang gua sebab gua memang kacak giler

adik zac efron said...

sori ahh gua tak nak hayley pedooh pandg gua,hakhakahk

Izzaty Ishak said...

Nak bijak add math kena banyak buat latihan. Sehari 27 soalan. Tekan kalkulator pon kena ada ilmu gak. Parah woo add math ni.

ekabukanmakcikkau. said...

@adam : ye lahhh setakat muke salleh yaakob kau tu , kirim salam je lahhhh . aku suke hidung dia jeeee , wkaakkakaa

@izzaty : sehari 27 ? akan aku gighkan supaya dengan ini aku akan dapat markah lebih tinggi dari menara klcc dalam add math . ckp macam hari tu aku pass add math .

Izzaty Ishak said...

Sebab A1 lah aku tlg nasihatkan. Keh keh keh. Okay ini serious. Zaman aku tade A+ ni semua. Dia guna A1 A2 bagai. Good luck SPM ye.

ekabukanmakcikkau. said...

ye lahhhh aku baru form 4 ,zaman untuk mainmain lagi tahun depan aku kelam kabut lahh , kau jgn ahh risau macam tu . cehh , hahaa

Izzaty Ishak said...

Setuju. Form 4 zaman honeymooon. Form 5 baru kelam kabut. Itu yang aku mahu. Dulu aku dok asrama, nak honeymoon tak sempat wooo.

Rahsia kedua ialah makan keropok lekor petang-petang sekali dlm 2 minggu.

ekabukanmakcikkau. said...

aku sgt setuju dgn rahsia kau yg kedua tu sangat kena dgn hobi aku iaitu mencekik ,aku akan usaha lesapkan duit mak aku utk beli kepok lekor . erk , kaalu lapan bls kali sehari boleh dok ?

myra rara said...

Haha bongok , Tbp lah galah tu dak ?

myra rara said...

Lah baru wa tau lu bukan hayley kantoi disitu . Haha. Haha

Izzaty Ishak said...

Jangan terlebih makan keropok lekor. Cikgu aku cakap dulu-dulu, kalo ter-over nanti dapat B+ add math.

ekabukanmakcikkau. said...

@myra : alololo gua memang hayley lah bahangang kau disitu wehh tbp ?

@zaty : ye lahh ye lahhh aku xdpt A+ siap kau aku gigit , huahuaha

Izzaty Ishak said...

Baik kau gigit examiners SPM. Tak pon ketua kementerian pelajaran malaysia. Mana tau dia ubah result kau jadi A++.

adik zac efron said...

Awwwww , u suka idung i ? Ni yang nak follow youuu ni . Ekekekeek

adik zac efron said...

Wehhh betul ke u suka idung i baby ? Haha,kan dah jdi gay keparat,keparat betul la lu ni

ekabukanmakcikkau. said...

@zaty : tak pelahh aku gigit kucing jiran aku , dia cakap dia examiner taun ni , hebat dak kucing member aku ?

@adam : ye laaahhh salleh yaakob , kau memag==ng gay pujaan ku wahai salleh yaakob . huahuahauha

Ahmad Fakri said...

Saya x pernah kesah awak nak tulis entry pasal lelaki tetapi kenapa mesti fizo omar kak ? Ish ish saya lebih rela kalau awak tulis pasal kamal adli dia taff . Ahh babi haha

Izzaty Ishak said...

*Clap clap* Hebat woo. Terkesima aku. Mesti kucing jelmaan ni.

Apa-apa pon, all the best SPM ok :D

ekabukanmakcikkau. said...

@fakri : bahhh fakri , biar betul kau jeles dengan fizo omar ke wehh ? wakakkaka menangis aku bace komen kau , tapi time kasih ahh sebab ade babi belakang tu heh ?

@zaty : alololo , mekasihh baby . hhaa

Unknown said...

kasut bersih pon tak layak dipandang gak ke?? kalau pakai kasut boot baru lepas membajak sawah tu pandang tak?? :D

Shawn Razaleigh said...

cis, mcm ni gua takkan dipandang lu lah. adoi


nak pandai addmath, rajin buat past year question. serius tak tipu

yusuf mujahidin ™ said...

fizo omar bukan rambut keriting ke?

hehe

YouSOF said...

UsopBukanPakcikKau : Ciri² no. 5 je ada pada aku.. nak wat camne ni? jom kapel nak??

Banyakkan makan kismis, kuatkan ingatan, mudah nak hafal formula.. ;D

ekabukanmakcikkau. said...

@cikepal : alololo , wajiblah untuk aku pandang . Style ape pakai boot busuk gi shopping kat the curve . Huehueh
@shawn : lah , memang lah . Kau kan perempuan . Haha .
@yusuf : banyak cantek muka kau , aku tgk dia kat deko idaman kekemasan je xde pon kekerintingan . Borokkkkkkk .
@yousof : hah , jom lah kapel . Nanti hari2 kau belikan aku kismis bg aku cedik add math leh ? Hah , cuak hah tu

Nyamuk Terbang said...

fokus dlm klas pastue buat ltihan byk2..wajib hri2 jgn berhenti wlau sehari
atleast 10 soklan
lau xphm..esk tnya ckgu kt skolah
(nah ambek pnjng berjela)

ekabukanmakcikkau. said...

@aztiqah : terima kasih kau lah makcik peliharaan ku yang paling kau sayang . Hah hambek . Kan dah terkeluar sajak bagai .

ayanuts said...

he..he...kena buat latihan byk2 :0

kakyongnida said...

hahaha. laki yg basuh kasut tiap hari pun tak nak ke

ekabukanmakcikkau. said...

@ayanuts : hah , tang tu yang giler malas wohhh
@nida : aikkk , tak nak pandang je . Haha

Unknown said...

wow. terkesima. haha :D
first time singgah sini rasanya.
http://salwaismail.blogspot.com

ekabukanmakcikkau. said...

@salwa : mekasih ahh komen (:

zoul said...

nak terer add math kene blaja ngan budak tinggi...:P

ekabukanmakcikkau. said...

Tetiba jehhhhhhhhhhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...