CIRI CIRI PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR VERSI EKA BUKAN MAKCIK KAU

aku tak suruh kau rembat perempuan macam ni jadi isteri kau . aku cuma nak beritahu kau , perempuan melayu terkhir macam ni lah . bukan yang macam gadis melayu musim ketiga tu , bukan sama sekali ya pakcik . bak kata ustazah aku " tu pedooh je tuh " . ustazah aku cakap dan aku pon " ooooooooooooooo, baru tau tu temberang " -______-



1) budak perempuan yang samada sengaja atau memang malas atau ada motif lain tak pakai baju sukan masa waktu pendidikan jasmani dan kesihatan . sekali lagi , kenapa formal sangat ni ? aku dapat idea ni bila aku nampak seorang budak perempuan kelas aku yang aku terpaksa tukar nama dia kepada britney spears , hanya memakai uniform sekolah dan duduk bersembang dengan jantan jantan sekelas . manakala aku , kawan aku , kawan aku lagi satu , dan kawan aku yang lain memakai baju sukan berwarna merah . merah ke maroon ? ahh kejadah ! dan aku rasa dia mungkin nampak ayu , mungkin macammmmmmmmm perempuan . tak sanggup nak cakap perempuan melayu terakhir sebab aku tak rasa dia macam tu . ahh dah mula nak mengumpat dah ni . aku pendekkan cerita , aku rasa dia rasa dia ayu atau aku yang tetiba perasan . kau rasa ?

2) budak perempuan yang bila dia jalan dengan pakwe dia dan jarak antara mereka mereka 15 cm bersamaan panjang pembaris capuk aku yang dah hilang hari selasa . dan tak pegang tangan pakwe dia walaupun pakwe dia macam nak pegang tangan dia untuk menunjukkan bahawasanya dia seorang sahaja di muka bumi ni yang ada awek . kau rasa dengan macam tu , perempuan tu perempuan melayu terakhir keh ?


jap jap ! aku nak tukar "perempuan"
kepada "minah" boleh tak ?
sebab aku rasa macam sakai tulis 
"perempuan" , dah la giler panjang . 
tak bolehhhhh ???
hah , aku peduli apa .

3) minah yang bila dia keluar dari rumah dan bila dia terdengar bunyi lapan belas bijik motor yang dipandu oleh jantan jantan yang malas buat kerja sekolah , dari jarak 87261273613 cm dia terus masuk rumah . motif ? takut jiran sebelah kanan dengan sebelah kiri rumah cakap " anak dara kau tuh , jual muka eh kat depan tadi . bape sen dapat ?" takut jeeeeeeee . minah melayu terakhir lah , kau apa tahu ? aku tahu lah kau bukan 
minah melayu terakhir , sila jeles -____-

4) minah yang malu nak nyanyi lagu negaraku , lagu negeri sendiri dengan lagu sekolah kau dengan alasan suara tu aurat perempuan lah . ya dan disitu jugak , dia nak suruh budak lelaki jeh terhegeh -hegeh nyanyi sorang sorang dan dia hanya berzikir . nampak tak , nampak tak ? dia sangat yang terakhir lah kau , ambik dia jadi isteri sekarang .

5) minah yang bila terserempak atau terjumpa dengan seorang budak lelaki yang boleh jugak lah dikatakan sedap mata memandang , dia tunduk . aku sangatlahhhh respect perempuan macam ni macam nak buat jadi lesbian . tapi apa motif dia ? mungkin dia tengok bawah sebab dia rasa lantai lagi hensem dari lelaki tadi ataupun mungkin dia ternampak kasut dia macam triple cheese burger atau mungkin dia takut awek lelaki tu marah . aku nak bagitahu kauuu yang sebenarnya minah ni ialah perempuan ni . lepas dah klik sila gelak . nak buat dia jadi isteri kau ? dia memang single and not available , harap maklum -_____-



wasiat anak dara : dari pukul 6 tadi kau menghadap screen asal baru pukul 8 kau nak post entri ? apa masalah kau hah hayley william ? kehkeh

7 comments:

Anonymous said...

ek..ko pompuan ke bibah??eh silap..bebeh?keh3

ekabukanmakcikkau. said...

aku jantan , kau ye pompuann . heh

Anies Anessa said...

aku tgah2..bkn akhir

ekabukanmakcikkau. said...

Bagussssssssss

Anonymous said...

sejak bile ko wt pbedahan plastik?x ajak aq pun..keh3

zaty luvlianncez said...

nk jd pmpuan mlyu terakhir cm jauhhhhhhh ja pjalanan.jd pmpuan tulen pn ok dh kot.hehe

Ushaaaa cni---->

terhenti di sini

iena said...

ahaha..mcm2...oo....gadis melayu dlm tv tu tipu je eh?ingat betul la dia melayuu sgt..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...