BILA KAU ADA AWEK , AWEK KAU LARI IKUT BANGLA

kau tak rasa sedih yang teramat ke melihat title aku yang sangat cool pada hari ini . kepada pakwe yang awek kau tidak lagi dikebas bangla indon segala , aku benarkan kau kembangkan hidung kau dua inci setengah . tetapi khabar malang untuk pakwe yang awek dia dah dikebas bangla indon segala , sila cermin muka kau lalu menangis tidak henti henti di bawah meja rumah masing masing . pastikan meja itu buatan malaysia.

macam mana awek kau yang cun atau yang tidak cun tu boleh terlekat terikat lalu terlari dengan bangla dan indon tu ? cuba kau fikir lapan belas juta tiga puluh lapan ribu kali . adakah muka kau tak cukup hensem untuk awek kau ? aatu adakah muka bangla indon segala tu lebih hensem dari muka kau ? sila jawab wahai lelaki yang aweknya dikebas bangla dan indon .

kepada lelaki yang ada awek dan awek dia tak dikebas bangla dan indon , sila jaga awek kau dari pandangan dan jelingan seseorang . terutamanya seseorang yang duduk di sebelah kau dan kau tak faham apa yang dia cakap sambil memandang awek kau dengan pandangan seorang lelaki yang tak makan lapan bulan .

wasiat anak dara : juga di twitter facebook dan myspace dan friendster . aku nak eja myspace dan friendster pon kena cari dalam kamus berbelas bahasa . al maklumlah dik nun , tak ada dah orang guna myspace dan friendster sekarang . tapi , apa yang pelik . aku dapat cari ejaan myspace dan friendster di kamus aku . sila kagum =='

HOBI AKU BEST SIOT , BACA DIARI ORANG !

Kau jangan bangga sangat laa kalau kau ada hobi mencabut rumput setiap hari ahad dengan bantuan taylor lautner . apa aku kesah ! yang penting , hobi aku memang terbaik. Baca diari orang.HAHA . sila sorok bawah meja jika kau kawan dengan aku dan kau ada diari .

Aku pon nak tahu laa , apa yang minah mamat ni tulis kat dalam diari . maklumlah , aku tak ada masa nak tulis diari dan aku tak akan kelurkan duit aku semata mata untuk beli diari tahun 2011.tidak akan.

Aku dah baca diari dua orang budak . siapa ? adik aku dan mak su aku . disebabkan adik aku punya diari memang tak best tahap cipan , jadi aku rasa tak ada apa laa ayng dia nak sorok dalam diari tu selain cerita pasal yang hari ni esok dan selamanya dia boring . wth ? aku punya bersusah payah mengeluakan keringat aku semata mata nak cari kat mana dia sorok diari dia . ingatkan best . grrrr !

Diari maksu aku best . dia cerita pasal pakwe dia dari umur dia 12 sampai umur dia 14 .tapi aku jumpa diari tu masa umur aku 12.masa tu umur mak su aku 18. Enam tahun je jarak umur aku dengan dia , tak layak panggil dia maksu pon . ouh ea , masa dia 18 tu pon dia dah menggatal nak kahwin . jadiiii , aku baca diari dia masa dia dah kahwin .  bhaHAHAHA .
Ceritanya macam ni , pada suatu hari .....

Sila sambung sekali cerita tu dan akhirkannya dengan mak su aku kahwin dengan lelaki ke-4 yang dia jumpa iaitu paksu aku yang umur dia juga 18 . kau ingat aku nak cerita ? hell no , haha .



aku baca diari mamat ni jugak , kehkeh =='



Wasiat anak dara : nak cari pengalaman dalam bidang membaca diari kakak nenek dan sepupu adik ipar kau ? sila hubungi saya di talian 999. Terima kasihh .

AKU NAK KHAIRUL FAHMI DAPAT ANUGERAH PEMAIN PALING BERNILAI . KAU ?

Kau tak rasa ke yang Firman tak layak langsung untuk dapat AnugerahPemainPalingBernilai tu . lepas kau tengok dia tak dapat score untuk penalti , kau mesti terus akan cakap “benda gampang aja loh enggak bisa.bagi gw aja jadi kapten nya”penyokong indon cakap.tetapi kalau penyokong m’sia akan cakap “yea,terbaik dari ladang.kau memang layak jadi kapten Indon.HAHAHA sekali lagi HAHAHA .

Aku rasa yang layak jadi dapat anugerah ni ialah bakal suamiku .walaupun dia dah ada awek , aku kesah apa ? *haha* Khairul Fahmi Che Mat.tak setuju? Shahrul Idlan Talaha pon boleh kot.dia main cantik sangat , macam nak curi cara dia main.bak kata indon “klaim gw punya” “malingshit” haha.apa aku kesah ! kau ingat kau bagus.

Aku tahu semua tak puas hati *penyokong m’sia* yang dapat tu Firman.sebab kat facebook FORMASI , ramai cakap Khairul Fahmi yang patut dapat.tapi aku tak tahu apa yang istimewa sangat kat Firman yang tak dapat score untuk penalti bagi dia dapat anugerah tu.grrrrr ! tahniah kepada Muslim Ahmad sebab menjadi pemain pertahanan yang bagus dan membantu Indonesia menjaringkan gol tadi.yeaaaa ! tahniah juga kepada Fadhli Sas ,19 sebab berjaya menanduk bola tiga kali tanpa henti tadi.

aku cuba tengok page khairul fahmi kat facebook . dua hari lepas 40 ribu lebih . sekarang aku tengok 89,956 . wah , banyak yang like tadi . comfirm*haha . update*90,131 . aku refresh lagi jadi 90,167 . aku refresh lagi tak sampai lima saat 90,200 . aku refresh lagi 90,295 . dan kau refresh sendiri okey Khairul Fahmi .

Wasiat anak dara ; kepada manusia manusia MALAYSIA *saja saja caps lock nak bagitau aku ni orang m’sia* bahawa hari esok kau diwajibkan memakai baju berwarna biru . tak ada ? pergilah beli.kat bundle berlambak , murah gitu . kehkeh (:

MAK , INDON STALK SAYA KAT TWITTER

sorry laa aku nak cakap yang aku kena buli walaupun memang macam tu . tapi , tolong laa faham . buli dengan indon ? wth ?! memang aku seorang semalam , diaorang 3748529 orang tiba tiba tweet aku , skema .
okey , tipulah aku cakap tiba tiba indon tu tweet aku kan ? hehe ..

sebenarnya sebenarnya , aku yang serang indon tu dulu kat #malaysiacheatlaser . aku nasihatkan kau janganlah bukak #malaysiacheatlaser ni . sebab ? kau akann rasa macam nak bunuh jer sorang sorang indon ni . grrrr .

mula mula aku serang mamat ni :


klik untuk tumbesaran

tiba tiba datang laa sameon mana ntah , patriotik gila diaorang ni . haha




banyak lagi , malas nak upload . bukak twitter kau , terus dapat beribu mentions dari peminat fanatik indon . bhaHAHA . kelakar siot . diaorang cakap diaorang menang cakap . ikut kau lah , mencarut jer lebih .

wasiat anak dara ; apa masalah kau pak cik sebelah ? karaoke pulak . apa daa dei . ?

COUPLE , KAU MEMANG WAJIB BUAT NI KAN ?

memandangkan zaman dah berubah dunia dah maju . tak ada dah kalau kau nak jumpa buah hati kau , kau kena sediakan 20$ setiap hari sebab bakal adik ipar kau akan muncul dulu sebelum buah hati kau . p/s : entry ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sedang koma . nasihat dari jabatan kesihatan .

ehemm ehemm , kau dah ambik anak dara orang lagi sunti , kau kena laa gentle kan ? macam ..

macam , tiap tiap hari kau kena topupukan rm15 kat buah hati kau . nasib laa buah hati kau pakai hot tiket dapat  300 sms ditambah dengan 120 min percuma . dan tak lagi ditambah dengan pizza seringgit . nasib baik lah kau . hehe =='

kau kena tunjuk yang kau lelaki budiman dan buah hati kau gadis idaman dengan panggil buah hati kau " honey " dan buah hati kau panggil kau " hubby " atau " bee " ishish . elok lah tu , ada honey ada laa bee , kan sayang ?

kalau kau tak buat satu benda ni . kau mesti akan dicop sebagai lelaki pengecut mengalahkan tikus dikejar kucing sebab kau tak pegang tangan buah hati kau masa dating . haisshh , memang kena ke ? bukan budak zaman sekarang je yang buat benda ni tau ? zaman dulu dulu pon berlambak . jadi , jangan kata " ish , budak zaman sekarang ni . teruk bebenor perangainya . rasa nak bunuh je " . jaga sikit mulut tu . marah ni .


wah terujanya tengok gaun tuu .
hehe =='


wasiat anak dara ; kalau ada lagi kau tolong sambung sendiri sebab adik aku dah mula menggedik menghadap screen dan memandang muka aku dengan penuh skema . aku tak salah .

KENAPA CARI AMIRULHADI KAT BLOG AKU ?

kenapa kenapa , jangan tanya . tak tahu berapa orang yang cari . tapi , ada laa dalam 13 kali untuk hari ini . kenapa tak cari muslim ahnmad ke , shahrul idlan ke . kenapa cari amirulhadi yang kena keluar padang semalam ?

alang alang aku dah cakap pasal amirulhadi . aku cakap laa terus yang aku ni tak berapa nak suka laa dia disebabkan rambut karat dia dulu . tak kesah laa ayah dia pemain bola sepak ke apa ke . tapi , dia main macam terhape hape . ramai cakap macam tu kan ?

sebab tu laa dia keluar Ashaari masuk . nasib laa Ashaari masuk semalam kalau tak nak tunggu gigi habis dulu lah baru dapat tengok amirulhadi score . ishish .. kau patut bangga amirulhadi , aku buat topik ni khas untuk kau . kembang laa satu inci . kehkeh .


aku saje ambik gambar ni .
comel kan ? haha


wasiat anak dara ; tunggu berita tv3 semata mata nak tengok pasal bola . haishh , merbahaya tuu .

INDONESIA NAK BALING BOM NANTI

semua anak anak dara di facebook sudah menukar status di facebook yang awal awal lagi dah cop pemain malaysia tadi . lagi lagi muslim ahmad . lagi lagi khairul fahmi . aku nak bagitau ni , aku dah cop diaorang awal awal . bukan macam kau , bila aidil zafuan main , kau ambik dia . bila muslim yang conquer kau ambik dia . apa daa dei . ? anak dara anak dara

apa apa pun , aku ucap syabas laa kepada pemain malaysia dan aku sendiri . hey budak , aku sembahyang sunat tadi tau . okey , itu tipu . yang penting aku sembahyang . aku dah cakap , aku tak pernah tengok malaysia main dan kalah . sekarang , nak tak nak kau kena mengagumi jugak bakat semulajadi aku ni . 

indonesia tengah tak puas hati ni . diaorang dah pakat nak baling bom . sebab kita main mercun tadi sempena krismas laa katakan . kehkeh . dan pemain malaysia yang pegi indon nanti bersiap sedialah ya . kalau tak , ke rahmatullah laa muslim dan khairul fahmi aku . hehe . saje nak jiwang sikit . tak boleh . ?


klik untuk tumbesaran



apa masalah penyokong malaysia sebenarnya ? saja marah , kehkeh .

klik untuk tumbesaran

wasiat anak dara ; dengar cerita stadium indon tak boleh nak guna untuk leg 2 . macam mana ni ? nak lawan kat mana . ishish ..

SILA MEMEKAK DI BUKIT JALIL , MALAM NI

aku rasa macam tak nak tengok . tapi , disebabkan menyahut cabaran dak dak blog yang tak percaya aku cakap hari tu . maka , aku kena lah tengok . kalau takut aku lain macam , ia diselangi dengan pergi ke tandas sebanyak 3 kali dengan kelajuan 50 km/jam . memang perlahan . kira kira elok laa , setiap tiga puluh minit aku akan ke tandas sehingga perlawanan tamat . kehkeh

aku tak nak cakap apa apa . sebab , indon dah cakap dah dia orang akan gaduhkan (baca=bisingkan) bukit jalil malam ni dengan trompet nya , memekak nya . kepada penyokong malaysia . dan memalukan , penyokong malaysia belum buat macam tu . tapi , kau tunggu laa malam nanti . ceh , aku yang lebih .p/s : sila bawa putik kapas bersama anda  .

minah minah mamat mamat indon pon dah mula over , tapi itu kau punya pasal asal kau tak menyusahkan hidup aku .

wasiat anak dara ; kecik kecik tak nak mati , dah besar menyusahkan orang . zzz

CONTEST MAKIN' MESS

di tag oleh putri zahra , so here we go ;

banner contest .
oleh danial ali

setiap hari aku akan buat benda sengal ni ;

bangun tidur


breakfast

lepas tu* dah mandi okey * aku dengan skemanya akan ;

blogging , kau memang best .
check email dari torres .

aku tak sehitam itu

dan malam malam aku akan ;



tapi , aku tak layak jadi macam paramore sebab aku ialah








full name ; siti nur atieqah asma
nick name ; eka & torres
date/place of birth ; 30/10/95 , HBP.
blog title ; im death ! call me if u're ready
blog url ; http://nomoresecret95.blogspot.com/

kepada danial ali ; contest kau best giler siot .
tag ; kepada semua orang yang tengok entry ni .

BEST KE JADI ARTIS ? KAU RASA ?

“ Cikgu dulu cita cita cikgu apa ?”
“ huh , cita cita saya ?“
“model la tuu”
“ ha , ye laa . model , yang tak payah pergi sekolah tu”

Lepas tu , semua orang diam . baca = insaf . sekejap je laa . semua orang tau model tu best . best apa ? tayang sana tayang sini . kau ingat kau bagus ? sorry laa miranda kerr , aku curang kat kau . tapi , tak apa , aku tukar . best ke jadi artis ?

Best laa , kalau kau tak ada benda nak buat . kau cuma perlu keluar dengan seorang lelaki dan pegang tangan dia dan makan kat mana mana kafe . dan esoknya , terus keluar cerita pasal “PELAKON WANITA YANG TAK BERAPA NAK HOT SUDAH ADA PAKWE” . lepas tu , kau pula hanya perlu jawab “saya dengan dia kawan saja, teman tapi mesra” . lepas tu , kau akan perasan yang pengikut twitter dan facebook kau bertambah dan semua orang akan tanya pasal “kau dah ada pakwe ke ? apa kurangnya aku ?” peminat yang sengal .

Best ke jadi artis ? lagi lagi artis yang selalu cakap “saya nak watak yang mencabar , jadi pelacur ke” . bagusnya . mak kau mesti bangga kan kan ? memang laa kau cuma berlakon tapi dosa tu tetap bertambah , sebab kau pegang sana pegang sini . betul tak ? tak payah bagitau betul ke tak . aku tau aku memang betul . kankan ? kehkeh .. sory , pelakon terutamnya .


rock kami bersih .


wasiat anak dara ; apa kata kau join wonderpets . bagus tuu . aku dah daftar jadi ahli . kau bila masa lagi ? hehe . wonderpets wonderpets , kami datang . membantu anak rusa yang kesusahan . kami tak besar dan kami tak kuat . bila bekerjasama , semua jadi mudah . heyy , wonderpets . yeaa .. erk , sorry . over pulak .

CONTEST ENTRY BEST

dari cik yuyu .
muka dia comel giler * jantan , sila terpikat * tapi , aku rasa dia dah ada bf .
haha , padan muka kau .




contest ni bermula disebabkan duit yang tiba tiba menjelma di dalam buku cik yuyu . kalau aku jumpa buku tu dan paling penting duit tu , aku tak akan bagi sesiapa pon kat dunia termasuk taylor lautner . disebabkan aku ni kedekut pasal duit . nak pinjam duit aku ? hell no . aku masuk contest ni sebab aku rasa contest ni best walaupun sebenarnya aku masuk sebab aku rasa aku dah lama tak masuk contest lepas frust dengan contest kawaii gadget hari itu . jadi , dengan ini aku pon joinlah contest ni . aku tak tau nak cerita pasal apa sebab cik yuyu cakap kena cerita pasal contest ini . jadi bermula dengan bismillahirahmanirrahim , aku mula type . mungkin kau rasa aku gila sebab aku join contest ni dan kau tak . mestilah , kau cemburu nak mampus kan kan . walaupun , aku tak dapat hadiah lagi , aku dah kerek tapi tak apa . aku rasa aku tak tahu nak tulis apa memandangkan contest ni sangat best menyebabkan aku rasa aku tak tahu nak buat apa apa sebab tangan aku rasa malas dan badan aku rasa kesengalan yang teramat . walaupun , itu tipu . kepada pemenang contest ni walaupun pemenang tu bukan aku , aku ucapkan tahniah kerana dapat duit tu dan silalah bagi aku sikit . paling koman pon bagi lah aku rm 25 kan . apa ? memang kau dapat rm25 saja dan takkan kau nak bagi aku semua duit tu ? apa aku kesah . malas kawan .

tag ; kepada semua pembaca . ceh , skema betul ayat aku .

KENAPA PENGANTIN MALU ATAS PELAMIN ? PERLU KE ?

kau perasan tak * jangan bagitau aku yang kau perasan ke tak* yang mana mana pengantin laa kan kalau kat atas pelamin . mesti malu punya . mesti laa . kalau tiba tiba je tak malu kira macam dunia nak kiamat laa tu . ishish ..

lagi satu , kalau nak cakap ngan suami/isteri dia tu mesti perlahan giler . tak de laa , sekurang kurangnya bagi lah aku dengar kan kan . dan kebanyakannnya , diaorang cakap perlahan tu masa nak makan . sah , isteri dia cakap " sayang , nape makanan ni tak sedap ? malas kawan " . lepas tu suami dia pon senyum saja . lepas tu isteri dia pon senyum . ceh , menyampah .

lepas tu , masa nak ambik gambar . buat laa comel comel sikit . ni tak , control cun jer , haha . jahat betul aku .paling bengong pon , buat laapeace ke kan kan . gempak laa sikit gambar tu jadinya . ni tak , sikit sikit gaya yang sama je . huh * mengeluh .


cool itu memang .
tapi , kau x rasa yg lelaki tu terlalu tua ?
kau tak geli ?
jodoh .




wasiat anak dara ; kepada pasangan suami isteri seluruh dunia termasuk mak ayah aku , aku minta maaf kerana telah mengambil keputusan membuat entry pasal ni . kepada photographer seluruh dunia , jadikan ini sebagai teladan . kehkeh , over .

7A , OKAY TAK KORANG? HAHA

haha , saje gelak . rasa macam tak percaya dapat 7A tadi . cam nak melompat pon ada . best giler . yang aku tak sangkanya kan , BI aku boleh B . aku ingat dapat A , tu lah kerek lagi . haha .

sekarang ada kat cc , rasa macam malas giler nak balik rumah . mak aku ingat aku dapat 8A . pastu aku cakap tolak 1 . mak aku ok jer . aku pon tak tau kenapa aku tulis post ni , macam bagus jer . sepatutnya aku tulis post pasal KENAPA PENGANTIN SELALU MALU ATAS PELAMIN . tapi , lek lu mak cik . balik nanti aku post laa entry pasal tu .

wasiat anak dara ; nak gembira sikit pon tak boleh ke . ?

TIPS DAPAT BANYAK UNIQUE VISITORS CARA AKU .

sila jangan ikut kalau tak nak banyak unique visitors . seperti diketahui umum laa kan , unique visitors ni datangnya daripada pelawat yang duduk lama kat blog kita . bukan pelawat yang datang tanpa bagi salam dan terus tinggalkan jejak dan blah macam tu je .

jadi , aku ada satu cadangan . apa kata shoutbox kau yang cun melecun tu kau sorok sikit . kau sorok laa kat mana mana asalkan orang susah nak jumpa . bila orang tak jumpa , dia orang mesti cari punya mana shoutbox kau . takkan dah penat lelah datang blog kau lepas tu nak blah macam tu je . dia jugak yang rugi kan kan ? 

ataupun laa , kau letak laa shoutbox kau kat bawah sekali . nak loading kan lambat . maknanya lama laa masa untuk seseorang itu duduk kat blog kau .

kalau yang suka buat floating shoutbox tu lagilah senang untuk tidak dapat unique visitors yang banyak . sebabnya , awal awal lagi shoutbox tu dah keluar kat sidebar . orang dah tak payah susah susah scroll ke bawah tengok apa isi blog kau . kan kan . 





 wasiat anak dara ; best tak idea bernas dari aku ?  best tak best kau kena cakap best jugak , aku penat penat type ni . sebenarnya atas tu , bukan stats aku . siapa punya ntah aku kutip kat google . kehkeh ,

YEA YEA , MUKA DIA MACAM TORRES

entry ku bermula .

hahahaaaha , akhirnya aku menemukan juga muka kacak torres yang lagi satu .
sebenarnya , aku dah jumpa dua orang . tapi , disebabkan seorang lagi itu hanyalah seorang peserta the amazing race dan dia dah pon bertunang . jadi , tiada maknanya aku mengangkat nama dia disini . betul tak ? kalau betul jangan cakap apa apa .

nama dia dirahsiakan . cerita dia akan keluar hari ini . pukul 6.30 petang hanya di astro ria .
dan disebabkan aku tak nak kau meneka orang yang salah jadi dengan ini aku memberitahu laa yang orang itu ialah bertrand antolin aka spare part aku kalau torres lari nanti . dan tak payah mengada ngadakan diri dengan menggogle . cari siapa bertrand antolin . nah ambik kau ;




dan kat bawah pula , pakwe aku satu satunya . haha . sila jeles .





wasiat anak dara ; kau tak rasa ke muka diaorang sama . sila cakap . mak aku tengah masak , aku nak kacau dulu .

SAYA SUKA LELAKI YANG BAWA ADIK DIA MASA DIA HANG OUT (:

haha , giler panjang title entry aku . aku tak tau macam mana nak memendekkan jadi suka hati laa .

selepas aku pernah tulis pasal entry haram tak nak kahwin aku rasa yang aku akan kahwin sepuluh tahun lagi . aku rasa 25 umur yang tepat . haha , saja gelak .

aku pernah laa ternampak dua tiga kali budak lelaki yang bawa adik dia sekali masa dia hang out . mungkin kau kata aku pandai pandai je cakap tu adik dia , mana lah tau tu anak dia kan kan ? ye lah , takkan aku nak buat title AKU SUKA LELAKI YANG BAWA ANAK DIA MASA DIA HANG OUT . kalau aku buat macam tu , ke rahmatullah laa nampaknya ya ? tak ada laa pencinta torres lagi .

aku kalau nak cari suami pon , aku akan cari lelaki macam ni laa . betapa bagusnya . rasa macam nak ngorat sekarang .  okey , tak ada kena mengena .

kesimpulannya ; pilihlah pasangan hidup yang membawa adik dia masa dia hang out . mesti tau .

wasiat anak dara ; sila jangan terlalu gembira lalu percaya dengan isi entry ini .

CARA MENIRU MASA EXAM

Kau nak tiru mmber kau ? sini aku bagitau macam mana . setakat ambik kertas kecik lepas ty buat bunyi tikus dan baling kat mmber kau kertas tu . kau ingat kau otai ? tak ada maknanya . aku cakap sekali lagi , tak ada maknanya .

Cara pertama ; disebabkan ramai budak yang dilahirkan ke dunia ni tak cerdik math . sini , aku bagitau macam mana . kau guna kalkulator kan ? apa lagi type laa nombor soalan kat kalkulator tu , lepas tu pass kawan kau . kalau kawan kau bengong , dia akan bagi jawapan yang kau mintak . silalah percaya apa yang aku cakap .

Cara kedua ; kau suruh laa kawan kau buat buat laa jatuh pensil . pastu kau suruh laa dia buat buat laa melatah . “ ouh , sayangku ayam” . paham paham laa , ayam maknanya A . babun B . Cicak kubing C . dan sewaktu dengannya .

Cara ketiga ; kau memandai laa main dengan cikgu kau . kau cakap laa yang Slash dah jatuh cinta dengan cikgu dan dia nak kahwin dengan cikgu sekarang jugak . comfirm terangkat kain cikgu kau lari kejar Slash .

Cara keempat ; kau macam tak tau laa pulak yang mana mana cikgu datang jaga masa exam . mesti boring . so , untuk menghilangkan keboringan tu , kau tampal laa macam macam kat kelas kau . macam lirik lagu Rancid ke , paling bengong pon kau tampal laa teka silang kata . kalau cikgu kau cool giler , dia mesti buat . masa dia tengah syok buat tu laa , kau usha kawan kau kat sebelah . faham ?

Cara kelima ; kau tinggal masa kau kat tandas . tandas memang sahabat . masa exam , kau pergi laa tandas . pas tu , faham faham laa apa nak buat kat tandas tu , takkan nak berak pulak . logik sikit weh . berak kat tandas ?

Cara keenam ; ini cara paling senang dan paling bengong sekali . buka buku teks letak atas meja atau untuk orang pengecut letak atas riba . sape tak tau apa tu riba , nah aku hadiahkan kamus dewan .  bukan nak suruh kau cari apa tu riba , tapi , kau hempuk kepala kau dengan kamus tu . huh . daa dapat buku tu , apa lagi ? tiru laa . nak kena bagitau jugak ?




Wasiat anak dara ; sebelum tiru ; pastikan kawan anda cerdik dari anda . wasalam .

MALAYSIA KE FINAL SEBAB AKU KALAU KAU NAK TAHU

mungkin kau akan menangis atau menghentak hentak kepala kau kat dinding setelah baca title aku kan ?
tapi , janganlah terlalu . kerana aku tak perlu terima kasih dengan cara begitu .

aku tak tahu samada Malaysia masuk final sebab aku , atau sebab diaorang memang bagus . tapi , aku rasa diaorang masuk final sebab aku .

sejujurnya lah , dari hatiku yang paling dalam . masa aku tengok mana mana perlawanan malaysia . aku tak pernah tengok malaysia kalah . termasuk kelantan lawan negeri sembilan lepas tu kelantan menang . malaysia tu weh . kau jangan kerek .

kenapalah masa malaysia lawan indonesia hari tu , aku tak tengok kan ?
kalau aku tengok mesti malaysia menang .
ishishish ..

wasiat anak dara ; kesat air mata kau tu . diaorang masuk final bukan kau . over jer lebih . sebenarnya sebenarnya aku nak beritahu satu rahsia besar ni yang kalau K.Rajagobal tau laa ni , mesti aku kena saman . sebenarnya sebenarnya , aku aku aku suka khairul fahmi dan muslim . the end .

HARAM TAK NAK KAHWIN

aku tahu laa 97348963 % orang kat dunia ni nak kahwin . siapa tak nak kahwin tu dianggap gila atau kesengalan yang teramat kan . tapi , aku nak bagi tahu satu kebenaran berani mati iaitu aku tak nak kahwin .

tapi , hari apa aku tak nak ingat aku terbaca sesuatu * sumpah aku tak tahu apa yang aku tengah baca * dia cakap yang haram kalau tak nak kahwin dengan sengaja . kira macam aku laa yang dari sejak dilahirkan sudah ada azam tak nak kahwin walaupun aku tahu muka aku memang lebih cantik dari angelina jolie dan semua orang tahu pasal tu .

tapi, aku rasa memang tak nak kahwin laa . tapi , disebabkan haram . aku pun terpaksa untuk kahwin . haram weh . bukan kau kena sumpah jadi justin bieber tapi kau akan mendapat dosa yang besar dari kena sumpah jadi justin bieber .

jadi , aku nak nasihatkan kepada orang yang tak nak kahwin di luar sana , silalah kahwin .

wasiat anak dara ; renung-renungkan dan selamat beramal .

IKLAN MAK AYAH TAKUT LABAH LABAH

jangan cakap kau tak pernah tengok iklan yang menjatuhkan maruah ibu bapa ni . sesungguhnya , LG telah membantu menjatuhkan martabat ibu bapa seluruh dunia .awal awal lagi , maaf dariku kepada semua LG fans . aku tak bermaksud nak menyakitkan hati kau .

iklan tu telah membuka mata semua orang termasuk aku bahawa cara cara untuk mematikan labahlabah tanpa menyepak menendang dan menampar dengan menggunakan telefon LG sahaja .

dan kau akan jumpa cara cara untuk mematikan labahlabah tersebut dan membiarkan mak dan ayah kau bahawa kau juga ada handphone LG . bukan diaorang saja ada  .

jadi , dengan ini . aku tak akan terus meneruskan promote LG dekat kau orang . sebab aku pon tak pakai LG . apa yang aku nak bagi tahu , hormatilah kanak -kanak . kerana mereka juga ada handphone LG .





jangan cepat panik bila kau pergi bilik air dan kau nampak ada labah labah dan suami kau pon datang sambil memekak sehingga anak kau datang dengan muka slamber sambil memegang telefon bimbit LG . apa yang kau perlu hanyalah LG . tiada blackberry lagi .


renung-renungkan dan selamat beramal =..=

LESUNG PIPIT ? INGAT AKU JELES KE ?

awal awal lagi aku nak cakap sorry laa kepada pemilik pemilik lesung pipit seluruh malaysia juga brunei juga singapura . aku tak kisah laa kalau korang nak ada lesung pipit ke , lesung batu ke . jangan laa nak kerek ngat pergi promote merata rata . aku koyak lesung tu kang .

ni lagi satu adik aku , beriya iya cakap yang dia ada lesung pipit . aku kesah apa ? aku pon ada . tapi ia hilang disebalik senyumanku . kehkeh .. nampak sangat tipunya . tapi , tak pe laa , aku saja nak bagi nasihat ni  . aku pon tak tau laa nak semenjak dua tiga menjak ni , aku rajin nasihatkan orang padahal aku sembahyang pon last minute . mengada ngada nak nasihatkan orang .

tapi aku suka sangat dua duta lesung pipit ni . sukanya rasa macam nak bunuh .


cheryl cole

miranda kerr
comel nya , rasa
cam nak ngorat .

wasiat anak  dara ; yesyes , aku ada dua adik lelaki yang ada lesung pipit . nanti nak ngorat laa .

APA FAEDAH JADI SUPERMAN ?

kepada pencinta superman , batman atau keluangman sila jangan patah hati apabila anda anda membaca post ini . arahan daripada ; jabatan kesihatan .

entry ni di khas kan kepada budak yang tak cukup umur macam adik aku la . ada ke dia kata nak jadi superman  . tak ke terencat namanya tu ?atau dalam bahasa ibundanya tidak berapa nak waras .

dengar sini , daripada kau jadi superman , batman atau keluangman atau apa apa laa yang pakai spender kat luar  . sila  jangan ikut . sebab kalau kau dah rajin sangat laa nak tolong orang , lebih baik kau jadi bomba atau fireman . tak ke bagus tu . gaji pon masuk .

daripada jadi superman , batman dan keluangman yang tolong orang lepas tu blah macam tu jer . apa yang dapat  ? paling bengong pon , dapat laa terima kasih dulu kan . ni tak dapat apa pon . konon , nak blah cepat sebab tak nak masuk tv .

hehe , aku tahu superman mesti nangis sekarang ni . lebih baik bagi aku untuk menghentikan post ini sebelum aku disaman oleh superman batman dan keluangman sebab telah meyakinkan orang raami untuk tidak ambil diaorang bekerja . akhir kata , maaf dariku . kehkeh ..





wasiat anak dara ; kepada budak budak tak cukup umur , berubah lah sebelum anda diubah .

CONTEST HEADER UNTUK WIWI

tak ada sesiapa tag aku , tapi aku yang gatal nak join . hehee (:
tapi , tolong sikit erk .
WIWI yang ajak aku tau ? haha . kalau tak , sebenarnya malas nak masuk .


banner contest laa , LOL
WIWI

syarat syarat
1) ada blog
2) berjantina lelaki atau perempuan
3) ada facebook



jadi inilah header yang aku buat . sumpah , buruk kan ?
apa apa jer laa . yang penting aku bahagia XD .

MESSAGES HANTU

GRRRRRRRRRR ! korang jangan bagi aku marah . kalau aku marah bukan setakat orang jer lari dengan atap bumbung rumah diaorang pon terbang . tak ada kena mengena ? memang pon . aku saja je nak tunjuk aku ni memang rajin buat intro panjang panjang . dan aku tahu korang dah sedar perkara tuu .. syukur pada tuhann .

Aku geram betul ngan kawan aku seorang ni , kalau dapat sms macam cibai jer mesti forward kat aku . dah tu , aku kena bagi sms tuu kat orang lain pula . dah laa aku kekeringan kredit .
Macam ni sms dia ;

From ; 850928025776
Msg ; Nama ku AIDA . Umurku 20 tahun . Aku meninggal pada tanggal 17 / 1 / 07 . Aku dibunuh , diperkosa , tubuhku dipotong-potong , jasadku dibuang di persisiran pantai .Aku mencari pembunuhku kerana polis belum menemukan jasadku . Tolong sebarkan messages ini kepada 10 orang , jadi tidak aku menggangumu . Jangan sesekali kau hapuskan messages ini sebelum disebarkan . Maka aku akan datang dalam mimpimu @ duduk ditepi @ dibawah katilmu pada malam ini dan malam malam berikutnya sehingga ajalmu tiba *pesanan dari tok guru ; jangan tak endahkan messages ini kerana rohnya masih wujud .

HAHAHAHHA , ingat aku takut ke ? aku tak bagi kat sesiapa pon messages tu , tapi malam tu aku tak bermimpi dan tak ada siapa pon sebelah aku sebab katil tu macam muat untuk aku seorang jer walaupun tu katil untuk dua orang . dan bawah katil aku banyak barang . memang padat giler laa . mana muat hantu tu nak masuk kan kan ? fikir logik laa .

Ni lagi satu messages aku dapat sebelum tidur malam tadi ;

Nama dirahsiakan . dia berumur 3 tahun . dia tak ada mulut dan mata , dia ni dah meninggal dunia . sesiapa yang dah baca . tapi tak forwardkan messages ni , dia akan datang sebelah katil anda dan memperhatikan anda , dia juga akan berada di syiling untuk memperhatikan anda jika tak percaya . kisah ini berlaku pada 29/6/07 . ada sesetengah orang yang telah mati terkejut kerana tidak percaya messages ini dan memadamnya . orang pertama adalah kekasih anda & seterusnya akan hilang perlahan-lahan dalam masa 24 jam .forwardkan messages ini kepada 8 orang .

Ini lagi laa aku tak takut , dia kata nak duduk kat syiling ya ? untuk pengetahuan encik hantu , kipas saya itu besar tahu ? dan syiling saya pula kecikk . jadi  encik hantu tak muat nak duduk at syiling itu . lagipon , aku tak takut sebab aku tidur , selimut tutup muka . jadi , aku tak nampak apa apa pon . lagi satu encik hantu , aku tak ada kekasih . kalau ada pon , biar laa dia mati , aku bukan ada pertalian darah pon dengan dia . lain laa keluarga aku ke kan kan ?


Wasiat anak dara ; jadi , kepada warganegara malaysia . janganlah percaya pada messages macam cibai ni . sebab apa kena mengena hantu dengan messages ? tak ada kena mengena kan ?

BILA NENEK KAU DATANG RUMAH

Apa akan kau buat kalau nenek kau datang rumah ? takut giler , buat muka slamber , apa aku kesah ? tiga jawapan sebenarnya . tapi aku rasa macam kesengalan bila nenek aku di rumah .

Macam kalau aku nak makan , aku akan pergi dapur dan ambik pinggan dan ambil nasi dan lauk dan makan . tapi ia akan berubah macam ni , aku pergi dapur , ambik pinggan , ambik nasi dan ambik lauk dan mak aku pon menjerit “ along , bubuh nasi kat nenek sekali” dan aku akan “haisshh , kacau daun betul” dan aku akan ambik pinggan dan bubuh nasi dan bubuh lauk . lepas tu , nenek aku akan buang sikit nasi tu sikit sebab dia kata terlalu banyak padahal sangatlah sikit .

Nenek aku akan makan kat bawah dan aku akan makan kat atas . mak adik adik adik adik aku akan makan kat bawah . dan mak aku cakap “dia orang bandar , tak biasa makan bawah ni” . dan diaorang akan gelak . dan itu sangat skema tau . lepas tu akan masuk cerita lain iaitu cerita aku tak nak kahwin . dan diaorang akan cerita dari a sampai z . dan aku akan terus jadi pekak . itu lebih baik .

wasiat anak dara ; jangan bercakap ketika makan .

SOALAN BODOH ; ALLAH JANTINA APA ?

memang terkejut orang utan laa aku masa nampak soalan ni ; aku dapat soalan bodoh skema gila bengong ni dekat topic.com . dan aku nak bacakan kat korang semua soalan dan jawapan yang diaorang bagi sebab kalau korang cari kat web tu sampai berjanggut pon tak jumpa . atau paling teruk sampai korang dah kehabisan gigi .

orang bodoh ; ALLAH jantina apa ?
jawapan

iwry ; Allah tu bukan lelaki dan bukan juga perempuan jadi jantina jenis tiga laa tu .

dahlia ;  atas dahi hang , very stupid TS

waras ; Allah jantina apa ? jawapan ; kan lebih baik kamu jadi binatang kerana binatang lebih baik daripada kamu .

konet sunat ; replied to waras .kan lebih baik kamu jadi syaitan kerana syaitan lebih baik daripada kamu .

sum ; auu , jantan betina . hahahaa .

konet sunat ; ni memang memalukan orang melayu yang sembahyang tuhan ala ala pondan .

islam amazing ; semoga kau menjadi semut , akan ku pijak kau dengan boot baru ku !!?

named ; bodoh laa kamu semua . kalau Allah ada jantina samalah dengan korang . Allah tuhan kamu semua bukan makhluk .



wasiat anak dara ; sebenarnya ada banyak lagi tapi disebabkan aku tak sanggup type atau lebih tepat tepat lagi  ; aku tak tahan nak pergi tandas . jadi korang hanya perlu pergi sini 
aku tak tahu lelaki atau perempuan islam atau kafir tapi dari malaysia . macam mana kalau indon nampak . kalau sorang tak apa , kalau dia beritahu mak dia tak apa lagi . tapi kalau dia bagi tahu abang kakak menantu abang ipar sepupu kepada kawan adik dia punya kawan , macam mana ? tak ke malu tu ..

THE AMAZING RACE ASIA S4 WINNER , THE RICHES

richard hardin & richard herrera (:

ni laa yang aku adik aku orang di sebelah aku orang di belakang aku orang di depan aku dan orang di atas aku suka . kalau korang taa tengok nie , aku na bagi tau yang diaorang ni lah yang menang tadi . hehee . hehee . saja jer gelak dua kali .



claire & michaelle
2nd
malas nak tulis sebenarnya . nak bagi tahu pemenang saja . hehee (:


natasha & hussein

haha , sepatutnya diaorang boleh laa dapat tempat pertama atau kedua . tapi sebab ayah gayat . jadi diaorang tak buat pon cabaran tuu . heh , memalukan kaum lelaki . erk , macam laa aku lelaki . bengong . tapi takpe . aku pon tak suka sangat pasukan indon sebab diaorang kan indon jadi sebab tuu laa aku tak suka sebab diaorang kan indon . zzzzz ,

wasiat anak dara ; nitee (:

FINALIST THE BIGGEST LOSER ASIA SEASON 2

tak ramai yang tengok the biggest loser asia sebenarnya . the amazing race asia pon korang terlepas , inikan pulak cerita orang gemuk jadi kurus . aku tengok bukan apa sebenarnya , aku cuma nak tengok bila diaorang dah kurus saja . hensem ke tak . kalau hensem boleh laa aku cop dulu masuk meminang , kan kan ?!

sebenarnya sebenarnya , the biggest loser asia baru season 2 . dan final sudah tiba . dan diaorang akan balik ke rumah , dan 2 bulan lepas tu diaorang akan datang balik dan akulah orang pertama yang akan duduk depan tvv . sangat banyak penggunaan perkataan DAN !

FINALIST THE BIGGEST LOSER ASIA SEASON 2


* ni muka sebelum kurus laa jugak 





nama ; nai
asal ; thailand (:
berat awal ; 137 kg 
berat sekarang ; 94 kg .




nama ; genghis
asal ; philippines (:
berat awal ; 162 kg
berat sekarang ; 115 kg




nama ; raj
asal ; singapore (:
berat awal ; 144 kg
berat sekarang ; 100 kg

memang aku nak diaorang pon yang ada kat final . sebab aku nak sangat sangat minah kerek ni keluar . erkk , sorry mak cik (:


LORI (:

dan ni pulak pemenang the biggest loser season 1 .


david gurnani
from ; indon
total loss ; 83 kg , wauu .

wasiat anak dara ; aku nak nai menang sebab tak tau . tapi , aku nak dia yang menang . tolong jangan tanya kenapa tau ? 

MALAYSIA 5-1 LAOS

Malaysia

minit ke -4 ; Norshahrul Idlan
minit ke - 39 ; Amri Yahyah
minit ke - 73 ; Amirul
minit ke - 76 ; Norshahrul Idlan

Laos
minit ke - 7 ; Kimsun

jadi , inilah hero hero bola sepak malaysia , kehkeh ;


norshahrul idlan

amri yahyah

amirul hadi zainal


wasiat anak dara ; tapi , jangan lompat dulu sebab kalau thailand menang lawan indonesia malam ni . Malaysia tak dapat laa pergi separuh akhir . jadi , tak ada maknanya laa kan kan ?

UPDATE


keputusannya , korang dah nampak kan ? 5-1 , yea ! dan satu lagi yea , Malaysia dapat satu gol tambahan disebabkan pemain pertahanan Laos . terlalu rajin jaringkan untuk Malaysia . apa apa pon , terima kasih banyak banyak  (: . dan yea lagi ! malaysia dapat pergi ke separuh akhir selepas Indon kalahkan Thailand 2-1 (:

KIM DAH TIDUR DALAM KERANDA , KORANG ?

kelakar pon ada . seram pon ada sebenarnya . tapi , malu unuk aku katakan , yang aku terharu . diaorang  . cute sangat sangat especially kim kardashian .


kim kardashian (:


ryan seacrest
selebriti yang lain macam lady gaga , alicia keys , jay sean , usher dan ramai lagi lah . diaorang akan stay dalam keranda tu sampai laa duit yang diaorang minta orang derma untuk Keep a Child Alive AIDS charity mencecah US$ 1 million . US tu bukan riggit , okey ? dan sampai hari ni diaorang dah dapat $298,397 . banyak lagi tu sebelum sampai US$1million . takpa takpa , teruskan usaha anda .

wasiat anak dara ; dan aku , tolong tengok saja . nak tengok video , pergi cari kat youtube sendiri  (:

THE WALKING DEAD in KUALA LUMPUR

wow , this is awesome (:
macam cool giler laa diaorang nie .
rasa macam nak buat suami , haha .

sebenarnya , rancangan ni diadaptasi daripada komik " the walking dead ' by robert kirkman .




kat bawah ni gambar yang aku kutip dari pak cik facebook ;


siap promote lagi
hahaa
smart giler laa rambut abang tuu
terpikat aku (:
pak cik janggut ,
nak join boleh ?

wasiat anak dara ; senang cerita laa kan , apa kata korang rajinkan tangan tu pergi cari kat google sendiri . best giler ... tengok orang mati hidup balik , macam macam yang ada kat sebelah koe tu . hahaaa (:

KAMI ANTI MALAYSIA ? BETAPA TERUKNYA !

tak payah cari kat google , susah nak jumpa . cari kat facebook sahaja . indon punya kerja laa nie .

"Kalau Malaysia mau konfrontasi ekonomi.Kita hadapi dengan konfrontasi ekonomi.
Kalau Malaysia mau konfrontasi politik.Kita hadapi dengan konfrontasi politik.
Kalau Malaysia mau konfrontasi militer.Kita hadapi dengan konfrontasi Militer.
Soekarno,1963"



dia pergi ungkit yang pasal konfrontasi tu kenapa ? aku saja like dulu page nieyy , sebab nak kutuk diaorang balik . teruk tau ?




klik untuk tumbesaran .




ramai rupanya yang tak suka dengan Malaysia ni , beratus ratus ribu gituu . aku cuba type KAMI ANTI INDONESIA . tapi , tak ramai orang nak mengada ngada like . dengan ini menunjukkan rakyat malaysia tak suka menyibuk bergaduh dekat page , malaysia maling malaysia maling . menyampah tau ?




wasiat anak dara ; tak der kerja kot indon nieyy , aku nasihatkan laa . makan itu lebih baik . sekian . janganlah risauu , akan ku dislike balik page ini .sory gambar cacat

AWAS ! TEKSI HIJAU

haha , saje jer nak takutkan korang korang semua . tapi , aku nasihatkan laa korang yang suka naik teksi ni untuk tidak naik teksi warna hijau . kat temerloh ni , nasib baik ada 3 jer teksi warna hijau .

adik aku dengan kawan kawan aku cakap , driver teksi hijau ni gatal sikit . 
tapi , perempuan . sila cakap alhamdulillah sebab driver teksi ni gay ! yeaaa !
bengong , aku rasa laa .
tak tahu , betul ke tak .

sebab hari tuu , kawan adik aku ada yang kena dengan driver teksi hijau ni .
dan ya , kawan adik aku tuu lelaki .

masa tuu , kawan adik aku nak keluar dari teksi tuu 
lepas tuu , tiba tiba jer driver tuu raba peha dia .
euww , gila aku mendengarnya .
cam saiko jer driver tuu , daa laa tua .
habat pulak tuu .

wasiat anak dara ; sila laa berhati hati ketika menaik teksi . tetapi !!! jangan laa terlalu percaya dengan entry ni , sebabnya semua yang aku type ni adalah sebijik sebijik keluar dari mulut adik aku yang mungil ituu . theethee  =..=

adik aku like kat fb , I HATE JUSTIN BIEBER CLUB & WE HATE JUSTIN BIEBER .
aku ? xde masa .





justin bieber gay ? haha , kelakar giler .

SEBAB KENAPA MALAYSIAN SUKA DRAMA INDON

cuba laa survey kat mana mana channel atau tak payah laa , aku bagi tahu kat sini .

channel 103 - isnin hingga jumaat ada cerita dongeng dari seberang . yea , seberang maknanya indon .
channel 104 - pukul 6.30 setiap hari isnin hingga jumaat ada cerita cinta kirana .
channel 105 - safa & marwah , isnin hingga jumaat . drama cahaya , isnin hingga jumaat .

dan sebagai nya . tak sanggup aku nak type .
tuu tak termasuk ulangan pada hari sabtu dan ahad dan adik adik aku yang memang pengikut setia indon akan tengok . LOLL ,

SEBAB KENAPA MALAYSIAN SUKA DRAMA INDON


1) jalan cerita yang menarik
tak tau betul ke tak . tapi , aku dengan tak rela hati terpaksa laa mengakui . memang jalan cerita diaorang lebih menarik . sebab tuu laa korang awal awal lagi dah cop tempat duduk paling depan sekali untuk tengok cerita indon kan kan ?


2) pelakon yang cantik cantik & hensem hensem
memang tak dapat dia akui juga laa . tapi kan yang aku tengok mamat mamat indon yang datang kat m'sia ni tak de laa hensem mana . tapi , yang tuu juga laa minah minah m'sia tergila gila kan . euww , 


3) memakai pakaian paling minimum
memang betul kan kan ? sebab tuu laa , mamat mamat m'sia ni beriya iya tengok drama indon .


4) scene yang sama
kalau cerita horror , scene yang wajib ada ialah perempuan dan lelaki yang buat kerja terlarang dan daripada kerja diaorang tuu , muncullah hantuu . tuu laa cerita dia kan kan ?


5) pelakon berani mati
ni agak lain sikit laa , korang pon mesti nak tengok punya laa kan ? lagi lagi kalau diaorang ambik julia perez dan dewi persik berlakon . korang laa orang yang paling stim sekali masa tengok cerita tuu . huh , nasib baik diaorang tak jadi bawa maria ozawa datang indonesia untuk buat filem .


wasiat anak dara ; sorry , tapi tuu laa kenyataan nya . sekarang cerita indon mak aku tengok . lepas tuu , cerita indon lagi . TV3 , TV3 .

AWARD FOR ME ME MEE .

anis yang bagi
betapa skemanya ayat tu*
selalunya aku malas ambik award atau tag .
tapi , award ni best .
aku kena senaraikan favourite artist/singer/group/actor

dan ni laa dia ;


- hayley williams from paramore
- donghae from suju .
- jordan witziqreuter from the ready set
- band KILL PARADISE
- a rocket to the moon

so kena tag 10 orang . biar betik ?
sumpah , malas giler nak cari orang , grrrrr .
jadi , jadi , jadi . zzzzzz .
terpaksalaa cari juga . bengong ~

bunga
- shila
- nur zaa
- yaya
- isteri abang manis

wasiat anak dara ; bukan tak pandai kira , tapi saja skip .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...