GRRRRRRRRRR ! korang jangan bagi aku marah . kalau aku marah bukan setakat orang jer lari dengan atap bumbung rumah diaorang pon terbang . tak ada kena mengena ? memang pon . aku saja je nak tunjuk aku ni memang rajin buat intro panjang panjang . dan aku tahu korang dah sedar perkara tuu .. syukur pada tuhann .
Aku geram betul ngan kawan aku seorang ni , kalau dapat sms macam cibai jer mesti forward kat aku . dah tu , aku kena bagi sms tuu kat orang lain pula . dah laa aku kekeringan kredit .
Macam ni sms dia ;
From ; 850928025776
Msg ; Nama ku AIDA . Umurku 20 tahun . Aku meninggal pada tanggal 17 / 1 / 07 . Aku dibunuh , diperkosa , tubuhku dipotong-potong , jasadku dibuang di persisiran pantai .Aku mencari pembunuhku kerana polis belum menemukan jasadku . Tolong sebarkan messages ini kepada 10 orang , jadi tidak aku menggangumu . Jangan sesekali kau hapuskan messages ini sebelum disebarkan . Maka aku akan datang dalam mimpimu @ duduk ditepi @ dibawah katilmu pada malam ini dan malam malam berikutnya sehingga ajalmu tiba *pesanan dari tok guru ; jangan tak endahkan messages ini kerana rohnya masih wujud .
HAHAHAHHA , ingat aku takut ke ? aku tak bagi kat sesiapa pon messages tu , tapi malam tu aku tak bermimpi dan tak ada siapa pon sebelah aku sebab katil tu macam muat untuk aku seorang jer walaupun tu katil untuk dua orang . dan bawah katil aku banyak barang . memang padat giler laa . mana muat hantu tu nak masuk kan kan ? fikir logik laa .
Ni lagi satu messages aku dapat sebelum tidur malam tadi ;
Nama dirahsiakan . dia berumur 3 tahun . dia tak ada mulut dan mata , dia ni dah meninggal dunia . sesiapa yang dah baca . tapi tak forwardkan messages ni , dia akan datang sebelah katil anda dan memperhatikan anda , dia juga akan berada di syiling untuk memperhatikan anda jika tak percaya . kisah ini berlaku pada 29/6/07 . ada sesetengah orang yang telah mati terkejut kerana tidak percaya messages ini dan memadamnya . orang pertama adalah kekasih anda & seterusnya akan hilang perlahan-lahan dalam masa 24 jam .forwardkan messages ini kepada 8 orang .
Ini lagi laa aku tak takut , dia kata nak duduk kat syiling ya ? untuk pengetahuan encik hantu , kipas saya itu besar tahu ? dan syiling saya pula kecikk . jadi encik hantu tak muat nak duduk at syiling itu . lagipon , aku tak takut sebab aku tidur , selimut tutup muka . jadi , aku tak nampak apa apa pon . lagi satu encik hantu , aku tak ada kekasih . kalau ada pon , biar laa dia mati , aku bukan ada pertalian darah pon dengan dia . lain laa keluarga aku ke kan kan ?
Wasiat anak dara ; jadi , kepada warganegara malaysia . janganlah percaya pada messages macam cibai ni . sebab apa kena mengena hantu dengan messages ? tak ada kena mengena kan ?
5 comments:
owh maknanya dowank yang mati tuh dibekalkan dengan hp lha ek..maju sungguh teknologi ye..
tuu la pasal ,HAHA
hahaha...aku suka ayat nie " biar la dia mati, bukan ada pertalian darah ngn aku pon dgn dia "
hahahha...SYABAS!! aku suka~
nk ciplak wt moto hidup, buleh??
myssmie
http://mynemie.blogspot.com
aku mls nk sign in weh...muahaha
ambik ler , HAHA (:
hantu skang berteknologi tinggi..ntah2 pakai blackberry..
www.kizgarden.blogspot.com
Post a Comment