sebabnya mungkin kau boleh tengok kat bawah ni , mungkin laa .
1) sebab blog kau lambat loading . kalau lapan jam loading baru nampak header lepas tu nak tunggu shoutbox yang tak kuar kuar lagi . kau rasa dia nak ke baca blog kau weyh ? aku pon tak hingin .
2) sebab kau buat full page untuk comment box . wahaa , nak tunggu loading dua tiga kali baru nampak batang hidung komen kau tadi . weyh , buat laa pop-up window weyh . senang dan menjimatkan masa laa weyh . ke kau tak tahu macam mana nak buat pop-up window ? sini aku bagitahu .
dashbord => design => setting => comments => comment form placement => pop-up window => save dan taraaa . tak menyusahkan kan ?atau pon , comment box kau ada word verification . tak payah laa buat menatang tu weyh . semua orang tahu kau tu orang , tak payah nak uji nya .
3) sebab komen kau terlalu banyak . ni bukan masalah pada kau tapi masalah untuk orang yang nak komen tu . dia tak boleh tengok komen kau dah 8 juta . dia terus tak nak komen . orang macam ni pon ada ke weyhh ?
4) sebab kau tak pernah komen kat entry di , dia pon buat bodo je lah dengan entry kau . kalau aku lain pulakk , aku akan paksa jugak baca entry orang yang selalu komen entry aku . aku mesti punya laa . macam budak saljihitam , dia datang kat blog aku bukan nak shout kat shoutbox aku . tapi , dia datang , komen dan berambus . bagus gilerr . pastu , ada laa dua tiga orang lagi , yang aku akan pastikan aku pergi kat blog dia lepas dia komen entry aku . wahaa , baik tak aku weyhh ? sila kagum .
wasiat anak dara : apa masalah kau kereta ? lalu depan rumah aku buat macam kau sorang je ada kereta , grrrrrr =='